Tuesday 6 December 2016

Back to December

Hellooooooooo Disember !
06/12/2016
Kalau lagi sebulan dari tarikh hari ini sepatutnya aku tengah duduk dalam ETS menikmati pemandangan waktu malam yang tak nampak pun nak pandang apa sebenarnya ! Hewhewww
Dan yang pastinya waktu ini tren sudah melepasi Stesen Ipoh. 
Lagi sejam aku nak sampai rumah !

Yeay ! I'm coming homeee
Tell the world I'm coming homeeeee
Harapnya aku tak kembali semula ke sini melainkan untuk urusan G-Day
Semoga Tuhan setuju
Semoga Tuhan bantu
Semoga Tuhan permudahkan
Doakan aku tau !

Ye bercakap pasal doakan
Memang sesiapa sahaja yang tanya perihal aku kat mana buat apa dan apa sahaja
Mesti aku akan selitkan 
'' Doakan aku habis sem ni ''
'' Doakan aku habis sem ni ''
'' Doakan aku habis sem ni ''
Sambil sengih atau hantar smiley

Ia bagaikan sebuah pengharapan yang aku impikan jadi nyata
Bukan angan angan tapi sesuatu yang perlu aku pastikan ia bakal berakhir di sini 
Sebulan dari sekarang
Aku akan tamatkan apa yang telah dimulakan
Sama ada dengan jayanya atau apa yang Tuhan kurnia
Apa yang lebih semua dari-Nya
Jangan cakap aku tak usaha
You know nothing

On my mark, get set, Go !

Wednesday 30 November 2016

End of November Rain !

Aku akan menulis bila rasa macam nak menulis
Sebenarnya tak ada nak tulis apa pun
Tapi tu laaaa rasa nak menulis tu ada
Lantak laaa blog aku ke blog kau? 
Awww garang pulak

Nak dijadikan cerita
Eyh ada cerita pula
Tadi macam tak ada kan?
Like I said
Blog aku ke blog kau?
Ayat ayat counter back ni belajar dari Yusof la ni
Harey betei

Cerita benda?
'' A woman who cuts her hair is about to change her life ''
Yeah definitely !
Semalam aku pergi potong rambut
Seriously pendek
Undercut kan
Rambut yang ada pun dah pendek
Tapi still aku rasa panjang sebab boleh ikat
Aku jenis yang kalau rambut tuuu dah boleh diikat, maknanya rambut tu dah panjang
Bila panjang, kena lah potong
Bila nak potong, kena lah cari fesyen yang style
Yang up to date. Acah !!!!

So, aku nekad nak potong undercut hairstyle
Dan rasanya eloklah potong sekarang
Sebulan sebelum aku balik rumah
Harapnya bila balik nanti akan panjanglah sikit daripada sekarang
Kalau tak, confirm kena bebel
Tapi tapi tapi memang setiap kali aku potong rambut mesti kena bebel
Sebabnya fesyen rambut tak pernahnya sesuai dimata Mama
Abah okay jeee paling paling pun dia cakap '' Ya Allah, apahal kamu dogek ''
Macam tu je lah review dorang
Ouhhhh Atok
Atok pula memang tak bagi aku rambut pendek
Hari tu dia datang dah siap cakap, rambut dah okay tuuu biarkan panjang, jangan potong
Dekat adik aku si Amin tu pula dia suruh potong rambut, jangan bela panjang
Tak elok katanya lelaki rambut panjang
Tapi aku suka je lelaki yang berambut panjang dan kemas
Ha kalau nak diceritakan aku punya suka kat lelaki rambut panjang kang jadi panjang pula entry ni, tapi aku dah mengantukkkkk !!
Then, aku iye kan je laa cakap Atok
Malas nak bangkang
Sebabnya dia bukan nak dengar aku cakap
Aku cakap jangan kawen lagi hatta dengan siapa pun
Tapi dia kawen juga
So, buat apa aku nak dengar cakap dia, sedangkan dia pun bertahun tak nak dengar cakap aku
Macam tak relate kan rambut dengan kawen
Peduli !

Berbalik pada rambut yang dah siap dipotong semalam
Ringan pula rasa kepala
Eloklah nak dekat dekat final exam ni kepala ringan kan
Senang ilmu nak masuk
Itulah kepercayaan karut aku sejak dulu
Rambut pendek, kepala ringan, ilmu senang berdesup desup masuk
Hell yeahhhhhhhhhhhh !

Padahal, aku malas nak bela bela rambut ni
Buang masa syampu kena lama sebab rambut aku tebal
Lepas tu nak tunggu kering satu hal lagi buang masa
Aku bukan ada pengering rambut pun
Lepas tu aku lagi suka dia kering sendiri tak payah lap beria
Tapi tak ada lah sampai biar air berjejeh basah tengkuk baju lahaiiiii selekeh betul namanya !
Bersepah pun satu hal even rambut aku tak ada lah jenis yang gugur selambak
Tapi bila nampak rambut bergumpal aku rasa macam geli
Entah kenapa tak tahu tapi geli laaa geliiiiiiiii

Dan sekarang
Taraaaaaaaaa ! Undercut hairstyle, done !
Tunggulah panjang tengok jadi macam mana
Lepas selesai potong, aunty Yan Salon tu siap cakap
'' Kasi color sikit laa baru lawa ''
Aku pun sengih je laaa, nak cakap pasal hukum kang panjang pula cerita
Sebabnya ada jeee orang Islam yang warnakan rambut
Nak dibincangkan pun, aku bukan ada hujah hujah bernas waktu tuuu
So, aku rasa berbaloilah bayar RM10.00 untuk fesyen rambut yang macam ni
Rambut pun hampir habis ditrim, dilayer dan dipotong kemas juga rapi
Seperti yang aku nak :)
Yes, seperti yang aku nak.

Lalu, apa benda yang November Rain?
November sebab ni kan masih bulan November
Rain tu kira rambut aku lah
Rambut yang bila dipotong jatuhnya ke lantai seperti air hujan
Waw ! Ah lantakkkkkkkk

Your girl with
 fashionable short hairstyle,
always !



Friday 11 November 2016

BYP

Let's rock'in roll with BYP ! 


Kau bukan yang pertama
Bukan juga kedua
Kau hanya yang terkini
Terakhir dan selamanya

Tunggu, dengar dahulu
Jangan begitu dan berlalu
Mungkin kau juga tahu
Cerita dahulu tentang diriku

Namun itu ceritaku
Sewaktu hati bagai batu
Kamu juga pasti ada kisahmu dulu
Tiada lagi biar berlalu
Tak perlu paranoid
Gadis

Jangan menilai dulu
Jangan terburu, beri waktu
Biar ku jadikanmu
Satunya ratu dalam hidupku

Kerna kini, ku tak mahu
Menyakiti dan disakiti
Kamu juga pasti ada kisahmu dulu
Yang dah lalu biar berlalu
Tak perlu paranoid
Gadis

Nananana nana
Ku bukan sempurna
Nananana nana
Kau pun juga sama
Ku bukan Romeo
Kau bukan Juliet
We go

Oh oh no no 
Kau bukan permata
Oh oh no no
Bukan yang kedua
Ah ah ye ye
Kamu yang terkini
Terakhir dan selamanya

Bukan yang pertama by FT
Anatomi 2016

Thursday 10 November 2016

Telah ku menang kamu ~

Weyyyyyy lama gila tak update !
Malas nak menaip sebenarnya
Plus busy laaa busyyyyy
So, entry kali ni aku belanja lirik lagu Menang !
Its such a warm and lovely song okayyy
Dedicated to the one that u've win his/her heart
Yeay Menang !
Nanti kawen aku nak play lagu ni sambil potong kek !
Ouchhhhhhh !
Here we go bebeyhhhhh !


Tidak terduga waktu ini kan tiba
Jelas di minda gambaran yang pertama
Cukup semua tutur dan caramu
Kau panah hatiku

Tangis dan tawa semuanya bersama
Bagai udara ku perlukan sentiasa
Ku putus kata hidup tanpa kamu
Bukan yang ku mahu

Sedia ku terima dirimu seadanya
Setia menjagamu untuk selamanya
Sedia ku diduga ku berani kerana
Telah ku menang kamu

Bertahun lama mengenal hati jiwa
Retak berjuta tetap satu semula
Ku putus kata hidup tanpa kamu
Bukan yang ku mahu

Jangan bimbang
Ku sediakan semua
Kau takkan hilang arah
Jangan bimbang
Ku kan jadi yang terbaik untukmu

Sedia ku bersama dirimu selamanya
Telah ku menang kamu

Menang by Faizal Tahir
Anatomi 2016

Friday 14 October 2016

Do u see the sign ? LOL

I've just read the Astrology Signs on Twitter and I don't wanna believe that but it seems like there're few thing that related to me. So I figure it out and found that quite same but not so really. Whatever ~

So, am I making an amazing friends ? YES, my friend are all amazing
Well, I'm not so considerate but I can be all the time
Not so humble and let me ask u, what so funny about me or am I a funny person after all ?? 
Okay this so true. I will do anything to make people around me happy again.
It might seem detached but this is only the way so I can make friends more easily.
Did I quite easygoing and love to joke around ?
I rather not turn into that moody feeling but I can extremely emotional at times and I usually will open up to many about this if you know the right way or right word to ask. I can tell you everything what I'm emo about. 
Till then, friends !

Thursday 6 October 2016

Rest in peace, Pou (Part 2)

Day 3 w/o Pou
Datang datang naik atas laptop terus baring peluk mouse. Ingat mouse tuuu boleh makan eyh ? Well, nanti balik takde dah Pou nak main main tidur atas laptop aku. Berebut nak peluk mouse. Hmmmmmmmmmmm

Day 4 w/o Pou
Pou tak reti makan nasi lauk ikan apa lagi sayur. Dia cuma makan friskies saja. Kalau bagi ikan/ayam pun dia cium lama baru rasa nak makan. Kalau kucing lain dah telan lama dah. Nak nak sejak ada semput tuuu, dia mcm tak boleh mkn makanan berminyak. So, makan friskies je laaaa. Pagi pagi Subuh orang bergelut nak solat, dia minta makan. Meow meoww meowwwww ~ Lepas ni takde dah bunyi kucing pepagi minta makanan. Sighhhhhhhhhh

Day 5 w/o Pou
Apa gila aku mimpi pasal kucing jadi zombieee ! Ada sekor cicak tuu jatuh dari mana entah, lepas tu kucing ni main main gigit cicak tuu. And suddenly that cat turn into zombieeeee ! Okay this is insane ! Tidur lagiii petang petanggggg. I'm totally speechless when Pou turn into zombie. :(

Day 6 w/o Pou
Kenangan bagai mengejar mentari
Terbakar debunga kasturi
Kelibat cinta permain rindu kecewa
Bisikan indah khayalan ku seketika
Moga kelam resah ku kan berlalu pergi

Day 7 w/o Pou
Seminggu dah kan? Well, em truly miss you. Takpe i ada gambar u. Boleh tengok hari hari. Even kubur u pun dekat tepi rumah i. Honestly, I okay je kalau tak ada sesiapa yang throwback pasal u. Yes, I'm okay. Rest in peace eyhhhhh ! Kalau rindu nanti i tulis pasal u. Hewhewwwww

Tuesday 4 October 2016

Rest in peace, Pou (Part 1)


Day 1 w/o Pou
Serabut betul aku. Kerja satu apa tak buat. Haihhhhh Rest in peace, okay.

Day 2 w/o Pou
Semalam mimpi Pou. Dia hilang drpd rumah. Sampai ke Paya Jaras sana kitorang cari tapi tak jumpa jumpa juga. Habis semua kucing kitorang belek. Well, i miss u, Pou.

Friday 30 September 2016

Cengeng !

Sejam lagi nak habis September 2016 hey !
Wake me up when September end !
Hoii lama sangat tuu tidurnya pun adoi
Bukan tidur jeeeee
Sedar lah, sedar dan berpijak di bumi yang nyata okayyyyy

So, this is the 2nd weeks after my family sending me back here
Here where? UniMAP lah
Hostel okay, okayyyyyy hostel !
Masa nak balik tuuu sedih tahap tak boleh nak ampun
Time kemas beg dekat rumah pun sedih, entah apa apa
Tapi dah sampai sini okay je
Okay gila lepas dapat tingkat 4
Mampossss hostel tinggi gila paling atas !

Last week hari ke-3 aku kat hostel
Penat kemas barang pun tak habis lagi
Tetiba Hasyim call
Siot gila perangai
Saja acah acah ajak lepak laa bagai
Tanya aku kat mana
Padahal tahu aku dah balik sini
Maka, sebak lah di dada
Naharom betul
Dah jauh baru cari
Sebelum balik aku ajak lepak, tak mau !
No, bukan dia taknak. Cuma ada hal lain
So, aku faham.
Lepas 10 hari Hasyim call lagi, iaitu hari ini, baru tadi
Kahkah ini lawak !
Lawak laa sebab lepas kejadian Encik Zafir post Hasyim mencari suri rumah
Aku rasa nak gelak jeeeee
Sampai saat aku menulis, masih terngiang ngiang sembang Hasyim
HAHAHAHAAHAHA !
Kali ni aku pesan awal awal, nak sembang jangan sampai aku nangis !
Amaran keras.

Lagi satu, adik Yuha pula meninggal
Maka bertambah laaa kesedihan
Padahal aku mana pernah jumpa adik Yuha
Tahu tahu macam tu jeee dia ada adik kembar
Tapi sebab meninggal kan
Pergi tak kembali
Gila tak sedih?
Berita kematian kot, wajarlah untuk aku bersedih
Stay strong, Yuha !

Haaa lepas tu ayah kawan aku lagi kena tahan masuk hospital
Lepas tahu details kenapa bagaimana apa tuuuu
Maka berterusan laa kesedihannya
Hey Yusof ! Stay strong, keep faith, okay !
Penat dooo sedih !
Tapi bukan aku nangis teruk pun sampai mata bengkak
Tak ! Cuma sedih laa. Sedih sekejap jeee
Hari hari sedih pun tak boleh juga
Syahmi cakap nangis takkan dapat ubah apa apa pun
Ha ! Syahmi pun garang kenapa entah ?
Hey cepat je mata aku berair bila si Syahmi ni tak faham aku nak apa
Lepas tu bebel itu lah ini lah, sighhhhh !
Eyyyyy geram pulak aku. Nasib baik dah setel
Lastly, aku doakan semua orang dapat yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan.
Jangan cengeng cengeng okay ! Hewhewwwww

Jangan lupa Tuhan.
Sekian coretan.

Tuesday 27 September 2016

Obses

Last time aku ada baju putih masa raya tahun 2008.
Masa tu memang tekad nak tempah baju raya warna putih.
Masa beli kain pun, dorang serius tanya
Betul ke nak tempah baju putih ni?
Betul ke? Ye, betul. 
Keputusan aku untuk buat benda yang aku suka tak pernahnya tak betul.

Dan biasalah pemikiran pemikiran orang ni memang kadangnya entah apa apa
Eyhh kau ni macam tak lama nak meninggal ni
Eyhh pakai baju putih tak takut hilang seri ke masa kawen nanti?
Engkau boleh rilex sebab sampai sekarang pun aku belum kawen okay KAHKAH !

So, baju putih tuu aku tempah design macam 
HUHU macam apa???
Okay kain dia lipat macam kain batik dan baju tuuu buat belah kiri kanan macam kurta
Yes ! Kurta ! Tak tahu aku nak panggil baju tu design apa
Tapi aku taklah pakai masa raya pertama
Baju tu aku simpan untuk raya yang entah ke berapa baru aku pakai
Kenapa? Entah. 
Aku jenis yang bila ada event baru nak beli baju ke tempah ke apa ke
Dan lagi satu, aku bukan suka sangat pakai baju kurung so buat apa nak beli kalau tak pakai ?
Dari dulu. Yes,dari dulu.
Jadi, baju kurung atau baju berkain dengan erti kata lain cuma akan ditempah atau dibeli waktu menjelang musim raya sahaja.
ITU PUN DULU
Sekarang aku beli baju yang berkain atau dress untuk pergi majlis kawen, majlis kawen dan majlis kawen orang
Sebab aku belum ada idea nak match kan seluar dengan baju macam mana supaya aku tak perlu berkain dan nampak sopan di majlis orang

Kejap kejappppp
Apa benda entah aku taip !!
Seriusly zaman sekolah memang aku obses dengan warna putih
Kan putih tu melambangkan kesucian
Lantaklah kau lah nak fikir bajet bajet suci ke apa ke lantak lah apa aku nak tulis kat entry aku lantakkkkkk
Apa yang aku nampak
Bila kau pakai serba putih, kalau cantik lain macam tuuuu orang akan ingat dia ni baru lepas nikah nieyhhhh
Bila macam serabai sikit, orang akan ingat mesti baru lepas pergi orang meninggal
Hell no ! Sejak bila pergi orang meninggal ada dress code warna putih pulakkk
Entah apa apa okayyyy meleis sangat pemikiran tu

Aku sebenarnya tengah macam lost sikit nak taip apa
Tapi sebab nak taip juga
Hah lantakkkkk !
Bersepah semuaaaaaaaaaa
Okay nak cerita lagi
Masuk je poli aku dah tak obses dengan warna putih
Kenapa pun entah lah
Satu yang pasti, MANUSIA BERUBAH. 
Aku ulang nieyhhh MANUSIA BERUBAH UBAH
Aku lagi suka warna merah ! Aummmmm

Sehinggalah raya haritu
Aku beli dress putih
Naharammm dalam gambar nampak putih suci bersih !
Sekali sampai jadi warna beige
Tak, tak haram pun sebab memang warna dia beige !
Aku yang silap, ye silap aku 
Aku tak baca details sebab excited lebih !
Macam tu jugalah manusia, dari jauh nampak suci
Dekat dekat macam tahi
Okay tak ada kaitan pun. KAHKAH !

Dan hari ini,
Obses pada warna putih tu datang tetiba !
So aku beli lah baju putih, kain putih yang bercorak sama macam palazo Mama
Entah bila nak pakai pun aku tak tahu
Dia bila dah obses, ada pasal ke tak ada pasal ke aku beli jeeee
Nama pun obses, tapi realitinya aku tak macam ni
Ye, aku mana ada perangai macam nieyhhhhh
Hewhewwwwwww !
Ouh wait ! Haritu lepak dengan member pun ada pakai kemeja putih
Setelah bertahun juga tak keluar berbaju putih macam tuuuu

But then !
Banyak jeee barang aku warna putih
Even dah masuk poli yang masa tuuu semua barang kalau boleh aku nak warna merah 
Tapi tapi tapiiiiiii
Beg aku warna putih
Cover laptop aku warna putih
Samsung dan ASUS warna putih
Broadband dan Pendrive pun masih aku pilih warna putih
Aku siap beli highcut warna putih aka kasut sekolah warna putih lagi untuk pakai pergi kelas
See? Okayyy bye

Sejauh mana pun engkau menidakkan, 
ia tetap kebenaran. Pergi hadap !


Tuesday 20 September 2016

What em doing for living (Part 1)

Woah ! Lama gila tak menulis ! Eyhh menaip!
Yeay ahhhh menaip sesuka hati !
So, hari ni hari kedua aku kat hostel
Tingkat 4, takde lif dan rumah aku je ada orang kat aras ni
Siap bumbung bilik aku berbunyi lagi waktu siang
Waktu malam, senyap je.

Tapi tapi tapi
Bukan itu yang nak di fokuskan untuk entry kali ini
Hewhewwwwww !
So, here we go !

What em do for living ?
Last kelas 3 bulan lepas
Ha lama gila punya cerita baru nak taip
Lecturer aku ada offer job
Dia tanya siapa volunteer nak tolong buat kerja survey
I was like ha? survey?
Macam FYP aku je
So, aku pun join lah

Dipendekkan cerita sebab nak taip tapi malas
HAHAHAHA
Lepas 3 kali taklimat
Maka mula lah kerja kerja survey !
Kerja ni kena siap dalam masa 2 minggu je, okayyyyy

Permulaan yang bagus bagi aku sebab senang nak deal dengan person in charge
Kerja kerja ni memang melibatkan elektrik dan aku memang bukan budak elektrik
Tapi knowledge sikit sikit tu ada la dapat daripada taklimat yang 3 kali tu
Di tambah dengan aku tanya Mr Google

Basically survey ni melibatkan hampir seluruh negeri negeri di Malaysia
So, aku cover area Shah Alam, Selangor
Mostly, aku akan deal dengan technician bahagian elektrik
Dan dorang memang handsomeeeeeee KAHKAH !

Antara soalan yang femes ditanya masa jalankan survey :
1. Datang sorang ke? Ye, saya datang sorang
2. Praktikal student daripada mana ni? Saya bukan student, saya kerja dengan MJC. Sambil buat muka macam orang dah kerja
3. Buat FYP ke? Taklah, survey ni untuk Suruhanjaya Tenaga

So, lepas 2 minggu setel laa semua kerja kerja ni
Time untuk buat report !
Tampal tampal resit claim parking, claim toll dan claim minyak
Tak lupa juga claim survey !
1 survey lumayan juga laaa bayaran dia !

Last nak cerita
Pengalaman tu best
How u deal with rejection was very challenging 
And a good connection with all those people someday maybe will bring back u to them
Ada yang minta name card, since tak ada name card so aku bagi je number terus
Mudah bukan? 

Haaa ni je lah entry untuk kali ini !
Entry orang yang malas taip tapi nak juga taip !
KAHKAH !
Kenapa Part 1 ? Sebab mestilah akan ada Part 2
Tak sabar pulak nak tulis Part 2 !
Okayyyy, till I write again ! See ya !


Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
Kalau nak tahu aku buat survey apa 
boleh laa pm/dm/text or direct call aku

Wednesday 20 July 2016

الفاتحة

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ.
 الفاتحة
Mas Izzati binti Mohamad Mokhtar
(1993 - 2016)

Zati ni aku kenal bukanlah rapat mana pun
Siap boleh pula aku ada perasaan tak suka dia
Biasa laaa 1st time jumpa perasaan tu macam
Eyh dia ni kenapa??
Haaaa macam tu
Tapi bila dah lama lama tu
Okay je
Tak ada apa pun sebenarnya yang nak di tidak suka kan
Dia ahli PRS
Kemudian, jadi MT PRS
Memang hyper betul
Dia selalu dengan Otet
Which is aku marked dorang kembar
Yelah pergi mana jee mesti 2 2 ada
Ada Zati, ada Otet
Ada Otet, ada lah si Zati
Muka pun iras iras gitu
Sampai aku selalu keliru
Tapi hari ni, Zati dah tak ada
Allah lebih sayangkan dia
Aku tengok dekat Twitter dan FB
Banyak orang review pasal dia
Mendoakan dan menceritakan kenangan bersama dengan arwah
Aku tak ada pun apa kenangan dengan arwah
Cuma boleh doakan jeee

Dan
Tiba tiba aku terfikir
Bila aku mati suatu saat nanti

'' Senyap ''

Wednesday 6 July 2016

Duit raya

Aku memang ada isu sikit dengan duit raya nieyh
Lama dah aku perhati perangai anak anak bani Melayu khususnya
Datang rumah orang lepas salam nak balik, minta minta duit raya
Eyyyy aku tahu lah nak bagi duit raya !
Eyyyyyyyy ! Kau sabar boleh ?!
Yang satu hal lagi
Mak bapaknya
Aduhhhh engkau tak ajar/pesan ke anak kau jangan minta minta duit raya?
Kalau orang bagi, ambil dan ucap terima kasih
Kalau tak ada, jangan ditanya !
Kot dibuatnya memang tuan rumah tu tak sediakan duit raya
Haaaaa tak ke malu?

Adab laaaaa adab
Mana pergi adab?
Orang selalu sebut
Alaaa budak budak apa dia tahu
Tengkorak !
Melentur buluh biar dari rebungnya, okay !
Kalau dari kecik tak di ajar
Sampai ke besarlah kurang ajo nya
Mahu termasuk dalam spesis tak makan ajar
Sikit sikit mintak !
Sikit sikit mintak !
Tak dapat apa yang diminta, bunuh tikam apa semua !
Kahkahkah ! Amboi jauh betul pergi dia

Aku tak tahu lah siapa yang mulakan tradisi duit raya ni
Dan sama ada ia memang tradisi atau nak dikategorikan apa pun tak tahu
Sedekah mungkin
Boleh jadi tradisi, boleh jadi niat sedekah
Kau pilih
Dan juga siapa lah yang mempelopori agenda agenda bagi duit raya nieyhhhhh
Takkan Yahudi juga kot?

'' Kalau orang bagi, ambil dan ucap terima kasih ''


Tuesday 5 July 2016

Lili del Luna

'' Kau boleh bawa tak malam malam ni?
Boleh jee boleh, ''

Tadi kan aku bawa Luna Lili balik lepas tu Audi langgar belakang.
Lepas tu kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing masing. 
Audi blah, Luna pun blahhh.
Aku rasa bersalah pada Luna dan Lili tapi siapa langgar belakang dia salah kan ? 
Ke macam mana ? 
Tapi aku yang drive.
So, aku lah yang salah menyebabkan Luna dilanggar
Aduhhh nak raya pulakkk :(

Bukan tu je
Pergi lalu ada kena tol
Balik tak kena tol
Salah masuk simpang lagi
Padahal lalu area tempat kerja aku dulu
Haihhh
Kalau dah silap dari mula tu
Sampai ke sudahlah silapnya
Ey eyy eyyyyyyyy !!!

Chan koh tot na kha, koh tot ching ching

Kad raya 2016 !

Aku lagi suka terima kad raya !
Sebab ada effort orang tuu nak beli, nak tulis dan nak pergi pos
Dan excited dia tu bila dapat, lain macam rasanya !
Dah aku pula memang mudah teruja.
Hewhewww !

Berbanding mesej raya yang ditaip mahupun yang disalin tampal entah daripada mana mana atau direka sendiri
Effort tu ada juga macam taip, klik forward, klik copy and paste
Tapi tu laaaa semua orang malas boleh buat
Kahkah ! Orang malas !

So, tahun ni aku saja laa bagi kad raya kat siapa yang nak
Sebab apa bagi kat siapa yang nak?
Sebab entah mana aku simpan alamat kawan kawan yang aku ambil masa form 5 dulu
Masa form 5 dulu okayyyyy !
Lepas tu kalau tiba tiba mintak alamat, mesti banyak soal dan syak aku nak hantar kad raya
Jadinya tak surprise
Dan dan dan
Method yang aku guna ni pun sememangnya tak surprise
Tapi entah?
Aku rasa nak bagi, so aku bagi lah !

Sehingga tahun hadapan,
Selamat hari raya aidilfitri, okay !
Thanks to my fav wattpader, Mikael for the cute card raya :)

Friday 24 June 2016

Undiscovered story 1.0

Bila masa aku kenal kau?
Dan bila masa kau kenal aku ? 
Ha !

Kenapa aku tak kenal kau?
Tapi kenapa kau tak kenal aku ?
Ha !

Tak sekarang ni, aku baru je kenal kau about 3 month ago
Tapi kenapa 3 tahun lepas, wujud conversation macam tu ?
Ha kenapa?

Aku tak ingat langsung aku pernah kenal kau
Kau juga tak ingat langsung kau pernah kenal aku
Ha !

Well, we both depend on the same principle
Yang tak akan tegur kalau tak kenal
Apatah lagi nak follow dan follow back. 
Ha !

And the most important thing, 
Tak pernah lupa member 
Dan memang tak kan lupa dengan orang yang pernah kenal
Even kenal kejap pun
Ha !

Dah macam orang hilang ingatan pun ada
Masing masing tanya soalan yang sama
I was like, apa benda ni semua
Plus time tu aku dah habis poli
Gila lah ! Kenapa sembang macam ni mesti berlaku waktu waktu hampir jam 2:00 pagi
Pelik, seram dan curious !
Haih mainkan perasaan betul bila kau tak dapat jawapan bagi setiap soalan yang kau tanya '' kenapa ? ''

Back to conversation 3 tahun lepas tu
Selain sembang macam kenal sangat in real life
Siap sebut nama aku Ain
Dah la kau kakak kan aku
Lepas tu makcik kan pula
Perangai !
Sembang ajak open table makan cendol
Dan harap jodoh tepi jalan
By the way, pasal jodoh tepi jalan tuuu
Aku rasa mesti ayat aku macam ni
Haa makan cendol sambil usha jodoh tepi jalan !
Kot kot laa ada jodoh tepi jalan kannn
Gerai cendol pula memang selalu tepi jalan !
Kahkahhhh aku tahu sangat perangai dengan ayat entah apa apa aku
And after all, too many question left with no answer


Maka dengan itu, entry ini terhenti di sini
Sebabnya aku tak dapat lagi jawapan
Dan mungkin tak akan ada pun jawapan


Friday 10 June 2016

Boooooooooo !

Selain bagi alasan bodoh 
Apa lagi yang kita mampu buat bila tak dapat tunaikan sesuatu ?
Di tambah dengan sifat malas yang menebal macam tebalnya lemak ayam
Kahkah ! Tak, kenapa lemak ayam yang aku tulis ?
HAHAHAHA !

Usaha mana usaha?
Takde kan?
Kalau dah malas tu memang banyak jee alasannya
Alasan tuuu antara bangang dengan bijak je
Di terima di akal dengan tidak jeee
Orang boleh beza antara alasan dengan kenyataan

Hidup ni banyak pilihan
So pilih lah !
Apa benda yang susah sangatnya pun ?
Between A and B, so chooseeeeeeee
Tapi bila mana kau pilih C, 
Maka faham lah bahawa itu selalunya pilihan yang memang cilaka
Sebab apa? Sebab malas dan tak bertanggungjawab
So, kau memang cilaka perangainya

Wednesday 1 June 2016

Busy teruk !

3 presentation in row !!!
Bulan ni memang banyak presentation and submission report
Bersusun woii ! Serius !
Ada presentation, maka adalah report dan slide yang kena siapkan

Yes ! 
Balik je daripada CH
Minggu depannya ada FYP poster presentation
Balik daripada CH je dah hari Rabu nak masuk Khamis
Dengan poster tak buat apa nya
So, gigihla weekend tu buat
Sv pun dah bising
Bukan tu jeee
Technical paper FYP pun nak kena submit minggu tuu ke dia
Die em die !
Plus, dah berapa lama tak ngadap sv
Report pun by email je
Tak best tak ngadap, even dia garang
Hewhewwwww !

Setel poster dengan technical paper
Sambung pula dengan EED atau IDP
Integrated Design Project
Integrated lah sangat
Menyusah hidup aku jeeeee
Susah dia macam 10 jam credit punya subject
Report lagi, presentation lagi, slide lagi 
Aku ingat dah setel present, boleh laa print report
Ini tak, pe bende kena tambah lagi nya pun adoiiiiii
Part aku pula tu, cilakau betei
No, bukan aku sorang, dengan lagi sorang
Yang sorang tu HAHAHAHAHA whatever

Setel IDP
Nahhhhh ! Presentation FYP pula !
Paling aku tunggu tunggu
Sesi menggoreng tajuk aku
Disebabkan aku 1st presenter di pagi pagi buta
So, I bet examiner takde lagi idea nak tanya apa
Tapi bukan itu yang jadi
Examiner pun takde
HAHAHAHAHA I was like
Jyeahhhhhhhhhhhh lagi lah boleh aku sembang kemas !
Yang gantinya pun aduhhh handsome terukkkkk
So, aku buat buat lah nampak bijak
Even jawapan entah apa apa
Dia pun tak tanya, cuma sharing some idea
And nampak tersangatlah caringnya pun adoiiii
Okay enough

Setep FYP
Datang pula lagi 1 lagi presentation
Okay ini last untuk sem ini
Presentation untuk kelas yang 10 tuuuuu
It was okayyy dan hampir kena puji
Until, lecturer buka spek and nampak graf kitorang salahhhhhh
Hamagawwwdddddddd
Cisss, aku dah senyum senyum tak tahu nak kata apa
'' We'll improved in report, Dr. :) ''
Nasib baik May dah last. 
Bye May !


Tuesday 31 May 2016

Memorable May

Thank God today is the last day of May 2016 !
So far bulan ni lah paling best aku rasa
1st sebab trip kelas yang pergi Cameron tu
Macam mana best dia aku dah cerita kat entry sebelum ni
Best dia sampai aku boleh tulis 3 part gituuu

2nd sebab somebody hit my soul so hardly
So badly
Tiba tiba sedarkan aku pasal benda yang aku sedar jee
Tapi tak di bahaskan
Tak di bincangkan
Mahupun di suara
Apatah lagi di fikirkan
Sebab bagi aku tu perjalanan hidup
So, enjoy the moment
Lambat dengan cepat je
Aku malas nak fikir sebab tu lahhh
At the end, yang rabak jiwanya aku
Better aku buat buat tak tahu jeee
And be like I got chill
Berpuluh kali juga lah aku play
Bring me to life by Evanescence 

3rd again
Tak sampai seminggu kejadian di atas
Nahhhhhh ! Mendapat lagi aku
HAHAHAHA
Padan muka
Siapa suruh provok orang?
Dan siapa suruh provok aku?
Maybe you don't really know me
Or you don't even want to know at all
Nampak ego dia?
Nampak emo dia?
Haaaaaaa ego against emo
But when it combine
Taraaaaaa !
Jadilah, friend zone 2.0 !
And I is redha

Dan esoknya tu
Life aku turn to pathetic sikit
No, bukan sikit, tapi banyak
Baru half day of Friday
But I feel like semua cari pasal dengan aku
Semua benda tak kena
Semua benda macam against aku
Ye, aku tahu, aku salah
Maka lagu Evanescence di mainkan berpuluh kali
Sampai aku tertidur dan sedarnya dah maghrib
Kau bayangkan macam mana aku boleh tidur dengan lagu serupa metal tu

Biasanya bila berdepan dengan situasi macam ni
Memang aku akan tidur lama lama
Even mata segar pun aku akan usaha bagi tidur juga
Dia macam, haaa lantak lah nak jadi apa
Korang gaduh dulu
Aku nak rest, nanti fikir
Itupun kalau aku nak fikir
Biasanya malas aku nak fikir
HAHAHAHAHAHA
Dan tak lama lepas tu
Blog aku akan publish cerita baru
Yeay !

Sebenarnya, 
orang orang ni laa yang mencorakkan hidup kau
menyedarkan kau dari sisi lainnya
Sisi yang mungkin kau lupa atau sengaja lupa
Untuk orang yang some kinda real like me
maybe jgn sembang 2 pagi kot


Saturday 28 May 2016

Y always me ?

See, again aku memang champion bab macam ni
Alaaaa u dah tak nak kawan aiiiii?
Haihhhhhhhh !
Tu lah siapa suruh banyak cakap
Ha padan !
Dan aku rasa sebab tu lah kita patut kurangkan cakap
Either people will judge you
Atau yang kau cakap tu menyakitkan hati orang lain
Lalu kurang satu kawan kau
Cisssssss !

Tak sepatutnya aku provok orang macam tu
Rasanya semalam emosi dia tak stabil
Sebab penat
Tapi masih ada hahahahah
Until perkataan sorry yang keluar
Ouhhh mannnnnn, not again
Lepas tu melayan pulak aku yang hahahahaha
Entah lah, yang macam ni
Always macam ni
Nampak? Aku salahkan orang lain
Rather than mengaku sendiri yang salah
U against me all the time !
And I got no chill !

Perkataan judgemental ni cilaka juga sebenarnya
Punca segalanya yang jadi semalam
Haaa puncanya tu lah perkataan judgemental
Di tambah dengan aku yang memang no chill at all
Hasilnyaaa taraaa !
Aku rasa macam kena friendzone
Atau dah memang kena friendzone
Tahniah ! I did it again

Ha lagi satu bab bekap
Aduhhh normal lah kan bekap atau defend apa yang kita suka/minat
Even yang di bekap tu tak bagi kesan apa pun sebenarnya kat diri sendiri
Apa benda laaaa ayat aku terabur
Lantaklah malas nak kutip

Aku rasa patut back to normal lah
Tak payah peduli semua orang
Lantaklah orang cakap apa pun
Ia kan je lah, yes
Satu lagi benda yang suka aku buat
Mengiakan jeeee semua
Lama lama orang bosan 
Dan blahhhh, dan tinggal aku yang kebosanan
Maka penuhlah update blog ni tiap hari mungkin
Jyeahhhhhhhhhh !
As long as nampak kat sosial media
Maknanya masih hidup lagi lah kan?
As simple as that
So, the point is, mind of our own business
Life will happily ever after
Hah !
Cilaka judgemental ai rabak kejap !

Sunday 22 May 2016

Soft reminder


My soul got hit so badly !

Terima kasih sedarkan aku semula yang kita memang takkan selamanya bersama dengan orang sama
See, aku bukan tak sedar
Aku sedar benda ni dah lama
Cumanya, ia tidak dibincangkan secara mendalam
Bagi aku,
Ia bukan tentang kehilangan
Ia tentang hidup yang perlu diteruskan
No matter what
So, I is okay
Out of sight, out of mind
 I hate you who the one that remind me all this !
I hateeeeeeeee youuuuuuuuu !
But I definitely wannna give a thanks to you
HAHAHAHA
Mana satu ni sebenarnya?


Monday 16 May 2016

Perangai monyet

Its actually happened last year
During my internship
Until last week

Aku macam ni lah
Macam ni tu macam mana?
Aku kawan je dengan semua orang
Kawan. Okay, kawan
Selagi kau ada bende nak sembang, aku layankan jeee
Selagi kau tak melampau batas, aku okay jeee
Nak sembang semeja dengan kau, jauh
So kita sembang 2 meja lah ! Hahaha okayy lame
What I mean, is aku akan reply no matter what

Seriously tak attach sikit pun dengan mamat ni
I play my role as a friend
Begin with dia cerita problem kat aku bagai bagai
Until dia cakap, '' Aku bagi tau kau sorang je ni ''
I was like '' Okay ''
Sembang punya sembang bla blaa blaaa blaaaa
Sampailah termasuk bab kawen
Aku memang malas sikit bab bab macam ni
Sebab bukan goals aku mahupun kita
KITA, okay
Datang mana wujudnya kita entah aku tak faham
Pasal kawen ni
Kau nak cerita, boleh
Kau nak minta pendapat, aku bagi
Tapi perspektif aku memang jauhhhhhhhh terbawa lukisan hatimu punya jauh dia
Sebab apa? Kan aku cakap, bukan goals aku dalam masa terdekat nieyh
HAHAHAHA !

I was like
Apahal include aku dalam planning kau?
Come on, kita kawan jee dooooo
Dan kau tak faham bahasa
Dan aku malas nak layan orang tak faham bahasa nieyhhh
Okay blahhh !
Kau taknak diam, so aku lah yang diam
Just make it life more simple kan ? 
Escape is the best way
Okay bye

So sejak tu
Semua incoming call,  reject tak jawab pun tak
Semua text, aku tak baca delete terus
As time past by
Nahhhhhhh !
Hari tu dah bertunang
Dengan perempuan waktu dia sama belajar diploma dulu
Dengan perempuan yang dah kenal / bercinta (aku tak sure) selama 8 tahun
8 tahun okayyyyy bukan masa yang singkat
Mana aku tahu?
Well, satu perkara kau patut tahu
Ain Dzulaikha is a great stalker, bro ! 
Kau dah jadi macam orang bodoh rasanya kalau cuba menipu dengan aku

So the point are
Kau apahal ???
Sebenarnya ada awek dan taknak mengaku bila aku tanya
Dan kau kenapa perangai sembang future dengan perempuan lain?
Apahal ? Kau tak rasa macam bagi harapan ke?
Luckily, aku yang hadap situasi bangang nieyh
Aku memang ada trust issue sikit, eyh banyak
So benda nieyhhh ibarat macam angin lalu jeeee
Aku bukan frust ke apa benda ke apa
Cuma, wow ! Baguslah.
Dan sedikit kesian kat tunang kau sebab HAHAHAHA 
Perangaimu tak semenggah, bro
Lepas dah ada tunang, tak payah buat perangai monyet tu lagi
And after all, akhirnya kau dah ada pasangan
So selamat hidup aku daripada dengar planning2 bangang macam tu
HAHAHAHA

Dan yang tak bestnya
Apahal contact aku lagi
Ye aku tahu kau dah bertunang
Aku dah like pun
Eyhh hello, tak payah contact aku dah
Invitation wedding (if invited) dekat Fb pun boleh
Aku tak perlukan orang orang macam ni untuk terus hidup
Faham macam mana?
Aku ni bab bab meremove, mengignore dan mendelete orang dalam hidup sendiri tersangatlah champion
Tak susah mana pun
Serious tak susah
Aku cepat move on
Okay sekian !

*Ini bukan entry kecewa, ini entry mempersoalkan perangai yang macam monyet. Tak cukup dengan pisang yang satu. Sibuk cuba cari pisang yang lain. Dalam pada kau cuba buka kulit pisang yang lain, padahal kau baru telan pisang tadi. Faham macam mana? Dasar !!


Out of sight, out of mind


Sunday 15 May 2016

Escape is the best way yaww !

Boleh mintak tolong tak ? Tolong padamkan bla blaa blaaaaaa

Nah ! Terpadam semua terus. Serupa buat acc baru


Such a clumsy youuuuuuu !

Dah la lepas ni aku taknak tolong orang
Dah la lepas ni aku cakap tak tahu jeee
Tak tahu. Tak tahuuuuuuuu !

Rasa bersalah pula
Eloknya aku cakap jeee tak tahu, takde, entah ?
Nampak?
Kan menipu lebih senang ? HAHAHA Dasar !
Dan benda ni pun takkan jadi

Jahanam !

Dah lama sebenarnya aku tak buat salah kat orang
Yang tahap macam ni dia punya kena minta maaf
Yang macam ni punya rasa bersalah
Taklah cakap aku baik sangat
Tapi takde lah buat perangai macam ni
Haih !

So, cara cara nak recover adalah seperti tajuk di atas
Hahahahahahah malas aku nak fikir doooooo ! Bye !

Friday 6 May 2016

Part 3 : I just love the memory

Duduk dekat tempat sejuk siapa je yang tak suka?
Ada laa kot orang tak suka sejuk
Aku? Lagi sejuk, lagi aku suka !
Bila sampai Perlis, mulalah rindu suasana CH
Yes, rinduuuuuuuuuuuuuuuuu 

After all, field trip ni buat aku rasa ada juga laa life kat UniMAP nieyhhh
Sebelum ni aku punya life, pergi kelas balik kelas jeee
Ulang sampai habis sem !
See? Nothing special
Berbanding life dekat PSIS
Hampir setiap minggu aku ada aktiviti
Sama ada keluar atau dalam poli
See? Much more amazing and fantastic ! Jyeahhh !
At least, sebelum tinggalkan uni, ada juga laa something yang aku buat
Selain jadi student yang biasa biasa jeee

Pasal gambar pula
3 hari 2 malam punya field trip, apa benda sampai 1000 gambar ?
Aku rasa gambar formal cuma 25% jeee
Yang lain hahahaha gambar acah acah pergi vacation
Dan dan dan, kali ni punya trip takde DSLR
So, aku bawa jee kamera Digital Sony Cyber-Shot 12MP 
Kamera yang aku beli guna 1st duit Yayasan Selangor time kat poli dulu
Seriusly tak best pergi trip takde DSLR !
Lagi tak best, bila aku ambik gambar orang lain cantik jeeee
Time gambar aku? Even daripada angel yang sama, punah semua
Taklah semua, tapi punah juga lah !
Kahkahhhhhh !

Fuhhh !
Thanks for all the memories gaisss
Nak type sorang sorang pun aku malas nak link kan
So, u know who u are
I appreciate all that
Hopefully after this boleh lah buat program jenjalan lagi dengan korang
See u again ! 


Those are
EAT471 10 students / Cik Ilya / 2 orang driver bas
People at TNB Habu, Ulu Jelai and you 

Part 2 : Cameron Highland, yawww !

02/05/2016
So, petang tuuu sampai lah kat CH
Bersama seorang Pensyarah Pengiring, Cik Ilya
Cik Ilya pun first time handle field trip
Tetiba Dr Nasrul tak jadi ikut
Mahu tak gelabah jadinya?
Hahahaha but she did it successfully !

So malam tu keluar makan and shopping sikit sikit
Then balik rumah, tidur
Since trip ni di dominasi oleh 7 orang perempuan
So, sewa 1 apartment je lahhh
Budak lelaki pula tumpang rumah kawan aku

Haaa cerita sikit pasal member aku
Hewhewwwww !
Nak mula pada mana eyh?
Haaaa Dr Nasrul bagi senarai tempat yang kena visit
Something like JOR, Ulu Jelai and apa tahhhh
Aku pula memang aim sebenarnya nak naik puncak
Nak pergi Stesen Meteorologi kat atas tuuuuu
But then, dia ignore jee

Masa tuuu memang tengah skrol Twitter
So so so aku search kat Twitter on the keyword Ulu Jelai
Nahhhhh ! Terkeluar conversation between Chan and kawan dia
After doing some investigation, aku tahu kawan dia kerja sana !
Haaa senang sikit kerja aku, boleh tanya kawan Chan je

And I get the contact number
So sembang sembang dan sembang !
Nasib baik kawan dia okayyyy
Okay laaa entertain aku yang memang cakap banyak nieyhhhhh
Means taklah aku tanya panjang panjang, dia jawab sepatah je
His friend give a great cooperation, information and accommodation
Thanks for everything, Yusof !
Next time I belanja u kita lepak !

03/05/2016
1st site visit is Stesen Habu
We are assist by En Najib, En Khairul Azman dan En Fahmi
After all that, perjalanan diteruskan lagi ke Brinchang dan petang tuuu jenjalan kat MARDI
Serius penat nak mamposss woiii !
Tapi seronok kannnnn
So penat tu cepat hilang, heh !
As for dinner, kitorang try Nasi Lemak Abang Strawberry
Okay laaa just nice
Sambal letak strawberry kan, sedap lah sedap
Pedas pun pedas, berair gak mata nieyhhhhh lepas makan

Petang tu sempat juga jumpa Yusof kejap
Ajak teman pergi ATM katanya
Padahal nak tunjuk skill drive dia
Ya ampun, nak tercabut nyawa woiiii
Gila punya Yusof ! Nyesai aku acah acah dia haritu
Kahkahhhhhhh !
Malam pun lepak juga
Yang ni paling seram
Bawa aku jalan malam malam, gelap pula tuuuu
But then, I enjoy the night ride

04/05/2016
Last day hereee !
2nd site visit was Ulu Jelai Dam
Gila besar dam and nak naik kat atas tuuuu wow !
Just wow ! Jauh 1 hal, jalan dia 1 hal
Nasib laaa tak rasa nak muntah
Ramai juga environmentalist kat sini
So, soalan demi soalan diajukan
Aku lebih suka diam dan dengar jeee
Apa yang aku nak tanya dorang dah explain dulu
Dan classmate pun dah tanyakan
So, lepas sesi soal jawab dan site visit
Apa lagi? Balik lahhhhhh woii !
Tak lupa sesi bergambar sebagai bukti lawatan
Dan nak buat kenangan
Kenangan, heeeeeeeeeeeeee