Wednesday 1 February 2017

YOLO Part 1/12

🚊MRT free Kwasa Damansara - Semantan ✅ 

🏞 Hutan Simpan Kota Damansara ✅ 

🎂 My 26th birthday celebration ✅ 

👠 2 Interview sessions ✅ 

🍫 Chocolate Museum ✅ 

🍕 Domino's pizza school take away 50% offer ✅ 

📖 Kisah 25 Filsuf Barat by Matluthfi ✅

Unfriendzone

Yuhuwww !
Aku tengah fikir macam mana nak mulakan entry ni
Tengah excited kot
Wey aku bila jee tak excited nya entahhhhh

Kisah bermula dengan aku nak balik cuti sem
Tak ada siapa nak hantar ke stesen keretapi
Fikir punya fikir tanya punya tanya
So dapatlah kawan yang boleh hantarkan

Memang kebiasaannya lepas last paper aku akan terus balik
So dia lah yang tolong hantar kan
Train pukul 6:30 petang macam tuu
Exam habis pukul 5:00 petang
Jadi memang sangat sempatlah lepak makan dulu sebelum naik train

Paling mudah dan cepat aku cakap nak makan KFC
Memang fav aku cicah ayam KFC tuu dengan cheese
Kebanyakkannya akan cakap pelik, termasuk dia
Aku suruh dia try, tengok dia okay jee makan
Okay laa kot
Lepas tuuu dia cakap ni 1st time makan/keluar berdua dengan perempuan
Aku rilex jee sebab dah biasa lepak dengan lelaki
Lepas tu kan ada la juga cubaan untuk curi mengambil gambar aku guna ifon 4 dia
Aher aherr aherrr

Ate moh lee kita gerak ke stesen keretapi
Dia hantar aku sampai tempat menunggu sebelum ke platfom
Rasa macam boyfriend pula kahkah !
Siap lambai lagi masa aku nak turun tangga ke platfom
Is it sweet? Or i'm the only one feel that way?
Not only that
Dah sampai ke platfom still boleh lambai lagi
Tapi dia lambai dari parking kereta laaa
LOL
Okay enough
Aku suruh dia balik jee terus
Sebab hostel jauh kottttt
Risau waktu maghrib dia di jalanan

Haaa aku perasan dari sini laa kitorang rapat
Aku pula memang easy going sikit dengan lelaki
So kira ngam la ni lepak makan sembang bergurau and all that
Sampai lah satu ketika saat itu

Jeng jengg jenggg
Aku tahu dia nak pergi bercuti
Ada laa sekali tuuu aku text, dia tak balas
Aku call, dia cakap busy
Then aku fahamlah dan buat buat faham kahkah !
Busy nak setel pergi bercuti kottt
Uruskan passport, tiket and all that
Tapi tapi tapi wey tak kan nak sembang sekejap pun tak boleh !
Bengang gak aku

Sampailah hari dia nak pergi
Aku nampak jee dia check in airport
Kawan dia siap tanya aku, mana A? 
Aku cakap entah tak tahu
Padahal aku nampak jeee
Check in sana sini waktu bercuti
Tapi sepatah pun tak nak balas text aku
Panas jeee weyyy

Lepas pada tuu aku dah mula redha
Lantak la kena friendzone ke apa pun
Tak nak kawan sudah
Terus rasa macam musuh
Bayangkan jalan sebelah sebelah tapi pandang pun tak nak
Muka jangan cakap lah ketat semacam 
Tapi still tak nak tanya kenapa
Masing masing ego sebakul nieyhhhhh
Act like we never know each other, just like stranger !
Sumpah, macam stranger betul aku rasa !
Dan selepas itu, aku pun melalui hari hari seperti biasa
Lu rilex, gua cool beb !

Lepas setahun
Nak dijadikan cerita
Ada la sekali tuuu tersama group pula
Aku tak tahu nak react macam mana
Aku cuma fikir, boleh jadi ni peluang untuk aku kawan balik dengan dia
Boleh jadi aku buat tak tahu jee macam dia tak wujud pun dalam group ni
Kau tahu apa jadi? Dia busy !
Meeting group pun muncul kejap, setel part dia lepas tu blahhh
Memang tak ada perbualan langsung antara aku dengan dia
Ah lantakkkkk

Lepas setahun
Yes, kiranya tahun kedua laaa niii tak bertegur sapa
Aku berani kan diri wish birthday dia
Kesian sebab dekat group kelas takde pun orang wish kahkah !
Eleyyyyyy padahalllll kannnnnn
Tak lah tak, memang aku rasa nak wish
So aku wish laaa
Guess what ? Dia okay jeeeee
Macam biasa, sembang macam tak ada apa pun jadi sebelum ni
So, aku pun approach dia slow slow
Tanya kisah yang 2 tahun lepas punya tuuu
Aku cuma nak tahu kenapa
Aku nak penjelasan
Aku ke yang salah? Dia ke yang tersilap?
Atau keadaan yang buat jadi macam ni
Haaaa

Mulanya dia tak nak buka cerita
Suruh lupakan jeee
Logik juga lupakan jeee sebab dah 2 tahun beb !
But then, dapat juga aku tahu apa kejadian sebenarnya
He do contact me but yeahhh
Semua gara gara  1 gambar yang dia ada hantar masa bercuti tu tapi tak sampai ke aku
But seriously I don't get any picture not even text !
So? Salahkan line weyyyyy
Dan sejak dari itu dia ingat aku dah taknak kawan dia
Padahal aku dah lama ingat dia yang dah tak nak kawan dengan aku
Macam gampang permainan apa ini !

Jadinya ambil masa 2 tahun juga untuk aku clarify benda ni
Itu pun lepas dah boleh sembang macam biasa, macam dulu sebelum kena friendzone kononnya lah
Kesilapan besar 2 tahun lepas, masa tu tak rasa nak tanya pun apa masalah
Just assume this and that
Ditambah rasa ego jee dan punya lah berlagak
Kau tak nak kawan aku, that's fine
Aku ada kawan lain lah weyyy
Haaa gituwww

Moralnya di sini, jangan amalkan fikiran yang seperti
''aku ingatkan'' // ''aku rasa'' // ''aku syak'' // ''aku agak agak'' 
dan sikap syak wasangka yang entah apa apa
Adalah lebih baik kau bertenang, dapatkan keberanian
Dan tanya terus apa sebenarnya berlaku
Tak payah lah macam aku sampai 2 tahun baru clear all that
Okay dah habis !


Wey sebenarnya entry ni 
aku nak publish on January
Dedicated to our friendship 
that just get back to normal last week
Sekali terjun ke Febuary pula
Ah lantakkk