Tuesday 6 December 2016

Back to December

Hellooooooooo Disember !
06/12/2016
Kalau lagi sebulan dari tarikh hari ini sepatutnya aku tengah duduk dalam ETS menikmati pemandangan waktu malam yang tak nampak pun nak pandang apa sebenarnya ! Hewhewww
Dan yang pastinya waktu ini tren sudah melepasi Stesen Ipoh. 
Lagi sejam aku nak sampai rumah !

Yeay ! I'm coming homeee
Tell the world I'm coming homeeeee
Harapnya aku tak kembali semula ke sini melainkan untuk urusan G-Day
Semoga Tuhan setuju
Semoga Tuhan bantu
Semoga Tuhan permudahkan
Doakan aku tau !

Ye bercakap pasal doakan
Memang sesiapa sahaja yang tanya perihal aku kat mana buat apa dan apa sahaja
Mesti aku akan selitkan 
'' Doakan aku habis sem ni ''
'' Doakan aku habis sem ni ''
'' Doakan aku habis sem ni ''
Sambil sengih atau hantar smiley

Ia bagaikan sebuah pengharapan yang aku impikan jadi nyata
Bukan angan angan tapi sesuatu yang perlu aku pastikan ia bakal berakhir di sini 
Sebulan dari sekarang
Aku akan tamatkan apa yang telah dimulakan
Sama ada dengan jayanya atau apa yang Tuhan kurnia
Apa yang lebih semua dari-Nya
Jangan cakap aku tak usaha
You know nothing

On my mark, get set, Go !