Friday 20 November 2015

Anep

Ni bukan Anep brgsjks tu
Ni Anep lain

Ha !
Dah la handsome
Pandai sembang pulak
Kalaulah aku tak cakap nak study, memang dari Ipoh sampai ke Arau tak berhenti sembang dan gelak !
You so adorable lah bro

Kebetulan
haa yang ni paling win
Eyh samalah nak turun Arau
Saya ada 2 roti, awak ambil satu
Eyh saya ada 2 coklat, awak ambil satu
Semua kebetulan

Aku memang jenis yang takkan tanya nama orang
Entah? Dalam satu satu situasi tu aku memang malas nak tanya nama
Tapi nak sembang tu takda hal laaaaaa
Lepas Anep tanya nama aku, itu yang sembang kencang tuuuu
Haaaa

But then after all,
Rasa rugi pula tak mintak number
Apa salah kalau aku minta number hari tu?
Since dia selalu balik Shah Alam
Yang lebih penting dia suka naik ETS
Laju dan jimat masa kata dia. 
Itu yang dia mahu

Weh Anep,
Muncullah balik!
Nanti boleh balik Selangor sama sama

Anep
Degree Sport Management
UiTM Arau

Bertenang boleh?

HAHAHAHAHA
Okay yang ni lawak
Bagi aku lawak lah
Mungkin sebab mudah terhibur kot

Mungkin itu cara dia bergurau
Dan diterima baik oleh orang lain, lalu bergurau juga
Feedbacknya, kena marah ! Sentap !
I was like, wey apahal kau macam tu
Kan semua orang dalam mood gurau ni
You gotta chill lah
Nasib baik member aku tu jenis yang tak kisah pun
Tapi aku still tak boleh berhenti gelak
HAHAHAHAHA

Well, setiap orang tu cara penerimaan gurauan dia berbeza
Kita tak tahu, kalau tak lepak/kenal lama dengan dia
Mungkin gurauan dia kau anggap serius
Mungkin juga gurauan kau dia yang anggap serius
Pemikiran dan penerimaan manusia ni kita tak boleh nak jangka
Sampai satu tahap, kau buat semua salah.
Wujudlah pertanyaan : Kau sebenarnya nak aku macam mana setan?
HAHAHAHAHA Ya Tuhan. Perangai.
Maka dengan itu, berhati hatilah dalam melontar bicara dan menyusun kata

Memanglah kadang, mana sempat fikir nak cakap apa. 
Inikan pulak nak susun ayat.
Memang tak ah !
Aku rasa, apa yang penting? Bertenang. Yes!
Tenang.

Down

3 hari demam woi !
Bukan demam sangat pun
Dia rasa nak muntah, tapi tak muntah muntah
Rasa nak berak, tapi tak berak berak
Mata asyik mengantuk jeeee
Ha gitu la

Tapi aku gagahkan juga pergi kelas
Buat macam tak rasa apa apa
Pergi buat FYP
Lepak gelak dengan budak budak sekolah

Takkan nak ponteng
Memang tak ah !
Aku even tak siap kerja, tak suka lect ngajar
Still lagi masuk kelas tau
Ha

Kepala berat. Hidung sumbat. Tekak sakit
Kira pakej ah tu
Pakej sakit 3 hari
Makan tetap makan
Tapi taklah seselera macam biasa
Sempat gak aku fikir, ni demam 3 hari ni boleh turunkan berat badan
Hahahahaa yelah takde selera makan kan
Wajarlah berat badan tu turun

But then, aku nak cerita apa sebenarnya?
Bukan nak cerita apa pun
Sebab aku tak cerita kat sesiapa aku demam, maka aku taip je lah panjang panjang kat sini
Kalau cerita dekat kau, kau boleh buat apa? Setakat suruh pergi klinik, makan ubat
Heklehhhhhhh aku pun tahu la nak buat semua tu. Bukan budak kecik
I don't need you to tell me do this and that
Kalau mengadu kat parents pun, dorang jauh. Nanti risau
Maka dengan itu, buat je macam tak demam. 
Buat macam biasa je sembang dengan semua orang. Heh !

Tapi tadi baru call mama, cakap demam dan dah baik. Hewhewwwww !
Mama pesan, MAKAN MAKAN MAKAN !
Aku cakap, ye Ika tahu.


Tong sampah 2015 !

5 tahun aku belajar. Tak pernah kena macam ni ! G R R R !
For the first time, lect letak assignment aku dalam tong sampah.
Letak ke campak ke buang ke baling ke aku tak tahu lahhhhhh

Ye dia bagi assignment tu untuk buat waktu cuti
Ye memang kena hantar hari itu sahaja
Ye aku tak hantar
Yeay !

Esoknya hantar pagi, tengahari dah duduk dalam tong sampah
Fine, member yang nampak tolong letak balik dalam box yang dia sediakan untuk hantar assingment
Then, after lunch pergi tengok balik, still ada dalam tong sampah
Ha! Panas luar. Panas dalam. Panas sana sini !
Jadi aku pun jumpa lect tu tanya, kenapa assigment aku dalam tong sampah.
Hek elehhhh ilmu kot. Kau pahal buang ? Dalam hati je lah tapi.
Dia cakap aku hantar lambat. Dia terima semalam sahaja. Last jam 5 petang
Aku mintak second chance, dia cakap tak adil untuk yang hantar semalam
Sembang la cemana pun, dia tak terima.
Dah, aku blah ah !
Ha ! Ni la manusia yang ada prinsip teguh. Tepati masa. 
Bagus dia ni. Contohilah ! Contohilah woiiiii !

Apa boleh buat? 
Ambik bawa balik assignment, buat rujukan waktu study.
Salah sendiri juga. Tak hantar ikut masa. So, manage your time, Didi.
Manusia kadangnya dilahirkan tak bersama hati dan perut. 
Kau takkan selalu dapat peluang kedua. 
Hatta, kadang kadang peluang kedua tu tak wujud pun dalam diri sesorang manusia.
Takpe. Hari tu aku punya cerita. Mungkin akan datang, generasi kau punya cerita.
Waktu tu, dongak atas sikit kalau masih boleh dongak. 
Dan tunduk bawah sikit kalau masih boleh berdiri teguh memijak.

Terima kasih.
Masih tak puas hati lagi ni. 
Nak mengadu kat Faiz pula.