Friday 20 November 2015

Tong sampah 2015 !

5 tahun aku belajar. Tak pernah kena macam ni ! G R R R !
For the first time, lect letak assignment aku dalam tong sampah.
Letak ke campak ke buang ke baling ke aku tak tahu lahhhhhh

Ye dia bagi assignment tu untuk buat waktu cuti
Ye memang kena hantar hari itu sahaja
Ye aku tak hantar
Yeay !

Esoknya hantar pagi, tengahari dah duduk dalam tong sampah
Fine, member yang nampak tolong letak balik dalam box yang dia sediakan untuk hantar assingment
Then, after lunch pergi tengok balik, still ada dalam tong sampah
Ha! Panas luar. Panas dalam. Panas sana sini !
Jadi aku pun jumpa lect tu tanya, kenapa assigment aku dalam tong sampah.
Hek elehhhh ilmu kot. Kau pahal buang ? Dalam hati je lah tapi.
Dia cakap aku hantar lambat. Dia terima semalam sahaja. Last jam 5 petang
Aku mintak second chance, dia cakap tak adil untuk yang hantar semalam
Sembang la cemana pun, dia tak terima.
Dah, aku blah ah !
Ha ! Ni la manusia yang ada prinsip teguh. Tepati masa. 
Bagus dia ni. Contohilah ! Contohilah woiiiii !

Apa boleh buat? 
Ambik bawa balik assignment, buat rujukan waktu study.
Salah sendiri juga. Tak hantar ikut masa. So, manage your time, Didi.
Manusia kadangnya dilahirkan tak bersama hati dan perut. 
Kau takkan selalu dapat peluang kedua. 
Hatta, kadang kadang peluang kedua tu tak wujud pun dalam diri sesorang manusia.
Takpe. Hari tu aku punya cerita. Mungkin akan datang, generasi kau punya cerita.
Waktu tu, dongak atas sikit kalau masih boleh dongak. 
Dan tunduk bawah sikit kalau masih boleh berdiri teguh memijak.

Terima kasih.
Masih tak puas hati lagi ni. 
Nak mengadu kat Faiz pula.

No comments: