Wednesday 20 July 2016

الفاتحة

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ.
 الفاتحة
Mas Izzati binti Mohamad Mokhtar
(1993 - 2016)

Zati ni aku kenal bukanlah rapat mana pun
Siap boleh pula aku ada perasaan tak suka dia
Biasa laaa 1st time jumpa perasaan tu macam
Eyh dia ni kenapa??
Haaaa macam tu
Tapi bila dah lama lama tu
Okay je
Tak ada apa pun sebenarnya yang nak di tidak suka kan
Dia ahli PRS
Kemudian, jadi MT PRS
Memang hyper betul
Dia selalu dengan Otet
Which is aku marked dorang kembar
Yelah pergi mana jee mesti 2 2 ada
Ada Zati, ada Otet
Ada Otet, ada lah si Zati
Muka pun iras iras gitu
Sampai aku selalu keliru
Tapi hari ni, Zati dah tak ada
Allah lebih sayangkan dia
Aku tengok dekat Twitter dan FB
Banyak orang review pasal dia
Mendoakan dan menceritakan kenangan bersama dengan arwah
Aku tak ada pun apa kenangan dengan arwah
Cuma boleh doakan jeee

Dan
Tiba tiba aku terfikir
Bila aku mati suatu saat nanti

'' Senyap ''

Wednesday 6 July 2016

Duit raya

Aku memang ada isu sikit dengan duit raya nieyh
Lama dah aku perhati perangai anak anak bani Melayu khususnya
Datang rumah orang lepas salam nak balik, minta minta duit raya
Eyyyy aku tahu lah nak bagi duit raya !
Eyyyyyyyy ! Kau sabar boleh ?!
Yang satu hal lagi
Mak bapaknya
Aduhhhh engkau tak ajar/pesan ke anak kau jangan minta minta duit raya?
Kalau orang bagi, ambil dan ucap terima kasih
Kalau tak ada, jangan ditanya !
Kot dibuatnya memang tuan rumah tu tak sediakan duit raya
Haaaaa tak ke malu?

Adab laaaaa adab
Mana pergi adab?
Orang selalu sebut
Alaaa budak budak apa dia tahu
Tengkorak !
Melentur buluh biar dari rebungnya, okay !
Kalau dari kecik tak di ajar
Sampai ke besarlah kurang ajo nya
Mahu termasuk dalam spesis tak makan ajar
Sikit sikit mintak !
Sikit sikit mintak !
Tak dapat apa yang diminta, bunuh tikam apa semua !
Kahkahkah ! Amboi jauh betul pergi dia

Aku tak tahu lah siapa yang mulakan tradisi duit raya ni
Dan sama ada ia memang tradisi atau nak dikategorikan apa pun tak tahu
Sedekah mungkin
Boleh jadi tradisi, boleh jadi niat sedekah
Kau pilih
Dan juga siapa lah yang mempelopori agenda agenda bagi duit raya nieyhhhhh
Takkan Yahudi juga kot?

'' Kalau orang bagi, ambil dan ucap terima kasih ''


Tuesday 5 July 2016

Lili del Luna

'' Kau boleh bawa tak malam malam ni?
Boleh jee boleh, ''

Tadi kan aku bawa Luna Lili balik lepas tu Audi langgar belakang.
Lepas tu kami meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing masing. 
Audi blah, Luna pun blahhh.
Aku rasa bersalah pada Luna dan Lili tapi siapa langgar belakang dia salah kan ? 
Ke macam mana ? 
Tapi aku yang drive.
So, aku lah yang salah menyebabkan Luna dilanggar
Aduhhh nak raya pulakkk :(

Bukan tu je
Pergi lalu ada kena tol
Balik tak kena tol
Salah masuk simpang lagi
Padahal lalu area tempat kerja aku dulu
Haihhh
Kalau dah silap dari mula tu
Sampai ke sudahlah silapnya
Ey eyy eyyyyyyyy !!!

Chan koh tot na kha, koh tot ching ching

Kad raya 2016 !

Aku lagi suka terima kad raya !
Sebab ada effort orang tuu nak beli, nak tulis dan nak pergi pos
Dan excited dia tu bila dapat, lain macam rasanya !
Dah aku pula memang mudah teruja.
Hewhewww !

Berbanding mesej raya yang ditaip mahupun yang disalin tampal entah daripada mana mana atau direka sendiri
Effort tu ada juga macam taip, klik forward, klik copy and paste
Tapi tu laaaa semua orang malas boleh buat
Kahkah ! Orang malas !

So, tahun ni aku saja laa bagi kad raya kat siapa yang nak
Sebab apa bagi kat siapa yang nak?
Sebab entah mana aku simpan alamat kawan kawan yang aku ambil masa form 5 dulu
Masa form 5 dulu okayyyyy !
Lepas tu kalau tiba tiba mintak alamat, mesti banyak soal dan syak aku nak hantar kad raya
Jadinya tak surprise
Dan dan dan
Method yang aku guna ni pun sememangnya tak surprise
Tapi entah?
Aku rasa nak bagi, so aku bagi lah !

Sehingga tahun hadapan,
Selamat hari raya aidilfitri, okay !
Thanks to my fav wattpader, Mikael for the cute card raya :)