Wednesday 6 July 2016

Duit raya

Aku memang ada isu sikit dengan duit raya nieyh
Lama dah aku perhati perangai anak anak bani Melayu khususnya
Datang rumah orang lepas salam nak balik, minta minta duit raya
Eyyyy aku tahu lah nak bagi duit raya !
Eyyyyyyyy ! Kau sabar boleh ?!
Yang satu hal lagi
Mak bapaknya
Aduhhhh engkau tak ajar/pesan ke anak kau jangan minta minta duit raya?
Kalau orang bagi, ambil dan ucap terima kasih
Kalau tak ada, jangan ditanya !
Kot dibuatnya memang tuan rumah tu tak sediakan duit raya
Haaaaa tak ke malu?

Adab laaaaa adab
Mana pergi adab?
Orang selalu sebut
Alaaa budak budak apa dia tahu
Tengkorak !
Melentur buluh biar dari rebungnya, okay !
Kalau dari kecik tak di ajar
Sampai ke besarlah kurang ajo nya
Mahu termasuk dalam spesis tak makan ajar
Sikit sikit mintak !
Sikit sikit mintak !
Tak dapat apa yang diminta, bunuh tikam apa semua !
Kahkahkah ! Amboi jauh betul pergi dia

Aku tak tahu lah siapa yang mulakan tradisi duit raya ni
Dan sama ada ia memang tradisi atau nak dikategorikan apa pun tak tahu
Sedekah mungkin
Boleh jadi tradisi, boleh jadi niat sedekah
Kau pilih
Dan juga siapa lah yang mempelopori agenda agenda bagi duit raya nieyhhhhh
Takkan Yahudi juga kot?

'' Kalau orang bagi, ambil dan ucap terima kasih ''


No comments: