Saturday 16 January 2016

Day 4

Hari ni pergi Dragon lagi
Punyalah malas nak bangun
Bas dah la satu trip pergi je, pukul 730 pagi pula
Bluerghhhhhhhhhh
Maka hari ni aku bersauna lagi di tempat yang sama

Tujuan pergi hari ni nak buat surat pinjam alatan FYP
Everything going well juga
Even tak dapat pinjam banyak 
Tapi still dapat juga

Maka berulang alik lah aku macam orang buat buat busy
Dari Bilik Diskusi ke Bilik Sv
Dari Bilik Diskusi ke Lab Air Pollution
Dari Bilik Diskusi ke Makmal En Nazerry
Berpeluh terukkkkkkkkkk
Basah dia tak payah cakap laaa macam mana

After all
Semua setel
Yeay ! 
Minggu depan dah boleh mula !
Cuma satu lagi masalah
Partner FYP aku punya alatan takde !
Ada, tapi baru nak setel minggu depan
Aduhpakkkkkk takkan aku nak pergi sorang ?
Since aku perlukan dia untuk edarkan questionnaire
Dia juga perlukan questionnaire tu untuk FYP dia
See we need each other to complete this mission
Jadi, tak boleh laa mula hari Isnin
Yang sebenarnya aku pun malas pergi hari Isnin
Ada perhimpunan and all that
Kacau !

Balik tu sementara tunggu bas
Aku call mama
Macam biasa
    '' Malam ni makan apa? 
Makan kuew tiau sup. 
    Woww sedap tuuu
Bolehlah. Sedaplaaaaa. Mama makan apa?
    Kuew tiau kungfu
Hek elehhhhh lagi sedap ! ''
Dan mama bagi tau, kelmarin hari jadi tuu dia punya hari sama dengan hari dia lahir
Hari Rabu 1964
Aku tanya, abah bawa pergi mana makan apa?
Mama jawab, dia tolak semua ajakan dan pelawaan abah sebab aku takde sama

Ya Tuhan
Sebak aihhhhhhh
Nasib baik aircond bas kuat
Cukup kuat angin dia untuk lap air mata sebak aku
Semangat aku nak setelkan FYP cepat cepat
Ni kalau FYP aku tak siap awal bulan 2 ni
Memang aku tak balik laaaa
Cuti seterusnya bulan 4
Maka dengan itu, cukup 6 bulan tak balik
Terasa macam anak derhaka

Permudahkanlah Ya Tuhan

No comments: