Wednesday, 1 February 2017

YOLO Part 1/12

🚊MRT free Kwasa Damansara - Semantan ✅ 

🏞 Hutan Simpan Kota Damansara ✅ 

🎂 My 26th birthday celebration ✅ 

👠 2 Interview sessions ✅ 

🍫 Chocolate Museum ✅ 

🍕 Domino's pizza school take away 50% offer ✅ 

📖 Kisah 25 Filsuf Barat by Matluthfi ✅

Unfriendzone

Yuhuwww !
Aku tengah fikir macam mana nak mulakan entry ni
Tengah excited kot
Wey aku bila jee tak excited nya entahhhhh

Kisah bermula dengan aku nak balik cuti sem
Tak ada siapa nak hantar ke stesen keretapi
Fikir punya fikir tanya punya tanya
So dapatlah kawan yang boleh hantarkan

Memang kebiasaannya lepas last paper aku akan terus balik
So dia lah yang tolong hantar kan
Train pukul 6:30 petang macam tuu
Exam habis pukul 5:00 petang
Jadi memang sangat sempatlah lepak makan dulu sebelum naik train

Paling mudah dan cepat aku cakap nak makan KFC
Memang fav aku cicah ayam KFC tuu dengan cheese
Kebanyakkannya akan cakap pelik, termasuk dia
Aku suruh dia try, tengok dia okay jee makan
Okay laa kot
Lepas tuuu dia cakap ni 1st time makan/keluar berdua dengan perempuan
Aku rilex jee sebab dah biasa lepak dengan lelaki
Lepas tu kan ada la juga cubaan untuk curi mengambil gambar aku guna ifon 4 dia
Aher aherr aherrr

Ate moh lee kita gerak ke stesen keretapi
Dia hantar aku sampai tempat menunggu sebelum ke platfom
Rasa macam boyfriend pula kahkah !
Siap lambai lagi masa aku nak turun tangga ke platfom
Is it sweet? Or i'm the only one feel that way?
Not only that
Dah sampai ke platfom still boleh lambai lagi
Tapi dia lambai dari parking kereta laaa
LOL
Okay enough
Aku suruh dia balik jee terus
Sebab hostel jauh kottttt
Risau waktu maghrib dia di jalanan

Haaa aku perasan dari sini laa kitorang rapat
Aku pula memang easy going sikit dengan lelaki
So kira ngam la ni lepak makan sembang bergurau and all that
Sampai lah satu ketika saat itu

Jeng jengg jenggg
Aku tahu dia nak pergi bercuti
Ada laa sekali tuuu aku text, dia tak balas
Aku call, dia cakap busy
Then aku fahamlah dan buat buat faham kahkah !
Busy nak setel pergi bercuti kottt
Uruskan passport, tiket and all that
Tapi tapi tapi wey tak kan nak sembang sekejap pun tak boleh !
Bengang gak aku

Sampailah hari dia nak pergi
Aku nampak jee dia check in airport
Kawan dia siap tanya aku, mana A? 
Aku cakap entah tak tahu
Padahal aku nampak jeee
Check in sana sini waktu bercuti
Tapi sepatah pun tak nak balas text aku
Panas jeee weyyy

Lepas pada tuu aku dah mula redha
Lantak la kena friendzone ke apa pun
Tak nak kawan sudah
Terus rasa macam musuh
Bayangkan jalan sebelah sebelah tapi pandang pun tak nak
Muka jangan cakap lah ketat semacam 
Tapi still tak nak tanya kenapa
Masing masing ego sebakul nieyhhhhh
Act like we never know each other, just like stranger !
Sumpah, macam stranger betul aku rasa !
Dan selepas itu, aku pun melalui hari hari seperti biasa
Lu rilex, gua cool beb !

Lepas setahun
Nak dijadikan cerita
Ada la sekali tuuu tersama group pula
Aku tak tahu nak react macam mana
Aku cuma fikir, boleh jadi ni peluang untuk aku kawan balik dengan dia
Boleh jadi aku buat tak tahu jee macam dia tak wujud pun dalam group ni
Kau tahu apa jadi? Dia busy !
Meeting group pun muncul kejap, setel part dia lepas tu blahhh
Memang tak ada perbualan langsung antara aku dengan dia
Ah lantakkkkk

Lepas setahun
Yes, kiranya tahun kedua laaa niii tak bertegur sapa
Aku berani kan diri wish birthday dia
Kesian sebab dekat group kelas takde pun orang wish kahkah !
Eleyyyyyy padahalllll kannnnnn
Tak lah tak, memang aku rasa nak wish
So aku wish laaa
Guess what ? Dia okay jeeeee
Macam biasa, sembang macam tak ada apa pun jadi sebelum ni
So, aku pun approach dia slow slow
Tanya kisah yang 2 tahun lepas punya tuuu
Aku cuma nak tahu kenapa
Aku nak penjelasan
Aku ke yang salah? Dia ke yang tersilap?
Atau keadaan yang buat jadi macam ni
Haaaa

Mulanya dia tak nak buka cerita
Suruh lupakan jeee
Logik juga lupakan jeee sebab dah 2 tahun beb !
But then, dapat juga aku tahu apa kejadian sebenarnya
He do contact me but yeahhh
Semua gara gara  1 gambar yang dia ada hantar masa bercuti tu tapi tak sampai ke aku
But seriously I don't get any picture not even text !
So? Salahkan line weyyyyy
Dan sejak dari itu dia ingat aku dah taknak kawan dia
Padahal aku dah lama ingat dia yang dah tak nak kawan dengan aku
Macam gampang permainan apa ini !

Jadinya ambil masa 2 tahun juga untuk aku clarify benda ni
Itu pun lepas dah boleh sembang macam biasa, macam dulu sebelum kena friendzone kononnya lah
Kesilapan besar 2 tahun lepas, masa tu tak rasa nak tanya pun apa masalah
Just assume this and that
Ditambah rasa ego jee dan punya lah berlagak
Kau tak nak kawan aku, that's fine
Aku ada kawan lain lah weyyy
Haaa gituwww

Moralnya di sini, jangan amalkan fikiran yang seperti
''aku ingatkan'' // ''aku rasa'' // ''aku syak'' // ''aku agak agak'' 
dan sikap syak wasangka yang entah apa apa
Adalah lebih baik kau bertenang, dapatkan keberanian
Dan tanya terus apa sebenarnya berlaku
Tak payah lah macam aku sampai 2 tahun baru clear all that
Okay dah habis !


Wey sebenarnya entry ni 
aku nak publish on January
Dedicated to our friendship 
that just get back to normal last week
Sekali terjun ke Febuary pula
Ah lantakkk

Wednesday, 18 January 2017

2nd iv !

Hari ni aku pergi iv lagi
Biasalah dah nervous tu macam macam laaa
Time tu laaa nak rasa haus laaa lapar laa
Perasaan nak berak, kencing, mengantuk semua ada

But today is much more better than before
Even a little bit messy
Tapi ada juga laaa aku rasa macam kena iv
Ada laa juga cakap pasal apa aku study

Yang paling tak boleh bla
Bila soalannya ''What is environmental engineering?''
Sumpah aku terasa nak gelak
Jenuh tahan !

Pasalnya semalam birthday aku
Ada laaa makhluk Tuhan call wish and all that
Kitorang sembang
Dia acah laa nak iv aku
But I'm refused
Sebabnya aku hafal skrip kot
Ni kalau di luah bukan pada orangnya, malah bukan pada tempatnya
Mau esok aku baraiiiii
So kitorang sembang sembang
Salah satu yang di sembang haaa tuu pasal environment
''What is environment?''
Masa sembang yelah merapu meraban bajet semua
Aku kan budak environment, mustahil nak kalah !
Nah ! Sekali kena iv soalan yang sama !
Tak tahu laa nak berterima kasih atau apa
Tapi ''What is environmental engineering?'' tu memang win !
Aku jawab sebijik copy paste macam sembang malam tadi

After all, waktu iv tu dia ada cakap
I can give you offer letter but u can't start now
Sekarang dah nak raya maybe after raya in early Feb
Dia bagi card suruh ws/emel kalau ada apa apa dan end iv
Aku pun okay je laaa
Jangan dia lupa sudah
Semoga ada rezeki di sini

Friday, 13 January 2017

1st iv !

So today is my 1st iv after finished my degree
So aku pun study laaa sikit ey tak banyak juga rasanya aku study pasal jawatan tuuu
2 hari wey study !
Aku tengok nota lama, tanya kawan kawan, tanya lecturer dan yeah Mr. Google !
Selain tu, aku siap pergi shopping lagi !
Cari seluar dan kasut !
Yelah kalau engkau kenal Ain Dzulaikha, dia mana nak pakai baju kurung kecuali betul betul memang kena pakai
Contohnya waktu raya dan waktu orang meninggal
Selagi boleh pakai seluar, selagi tuuu lah dia akan pakai
Yeay me ! Baru ada rasa confident overload bila mengenakan kemeja/slack/ kasut untuk hari hari penting macam ni !
Thanks mama and Yana as my image consultant !

So, back to the iv session
Waktu iv tadi, tak ditanya pun apa apa berkaitan
Boleh dikatakan terus sembang pasal gaji/ working hour/ MC/ cuti/claim and all that yang membuatkan aku rasa macam dah diterima
Iv pagi tadi pun aku sorang jee pulak
Harapan harapan
Dan biasalah ayat ayat memberi harapan tu macam '' kita memang nak pakai orang dekat site sana '' selalu kedengaran dilontarkan
Ha !

Then, lepas sembang sembang
Esok adalah hari penentuannya sama ada aku dapat atau tak kerja tersebut
So, sama sama kita nantikan !
Sebelum balik, Miss tu cakap '' I hope to see you soon ''
Yeah me to !

Eyh weyh dah terlambat ke nak ucapkan selamat tahun baru?
Tak kira nak ucap juga !
Well, Happy New Year 2017!
Semoga dipermudahkan segala urusan dan diberkati hidup
Okay okay gerak duluuuuu !

Tuesday, 6 December 2016

Back to December

Hellooooooooo Disember !
06/12/2016
Kalau lagi sebulan dari tarikh hari ini sepatutnya aku tengah duduk dalam ETS menikmati pemandangan waktu malam yang tak nampak pun nak pandang apa sebenarnya ! Hewhewww
Dan yang pastinya waktu ini tren sudah melepasi Stesen Ipoh. 
Lagi sejam aku nak sampai rumah !

Yeay ! I'm coming homeee
Tell the world I'm coming homeeeee
Harapnya aku tak kembali semula ke sini melainkan untuk urusan G-Day
Semoga Tuhan setuju
Semoga Tuhan bantu
Semoga Tuhan permudahkan
Doakan aku tau !

Ye bercakap pasal doakan
Memang sesiapa sahaja yang tanya perihal aku kat mana buat apa dan apa sahaja
Mesti aku akan selitkan 
'' Doakan aku habis sem ni ''
'' Doakan aku habis sem ni ''
'' Doakan aku habis sem ni ''
Sambil sengih atau hantar smiley

Ia bagaikan sebuah pengharapan yang aku impikan jadi nyata
Bukan angan angan tapi sesuatu yang perlu aku pastikan ia bakal berakhir di sini 
Sebulan dari sekarang
Aku akan tamatkan apa yang telah dimulakan
Sama ada dengan jayanya atau apa yang Tuhan kurnia
Apa yang lebih semua dari-Nya
Jangan cakap aku tak usaha
You know nothing

On my mark, get set, Go !

Wednesday, 30 November 2016

End of November Rain !

Aku akan menulis bila rasa macam nak menulis
Sebenarnya tak ada nak tulis apa pun
Tapi tu laaaa rasa nak menulis tu ada
Lantak laaa blog aku ke blog kau? 
Awww garang pulak

Nak dijadikan cerita
Eyh ada cerita pula
Tadi macam tak ada kan?
Like I said
Blog aku ke blog kau?
Ayat ayat counter back ni belajar dari Yusof la ni
Harey betei

Cerita benda?
'' A woman who cuts her hair is about to change her life ''
Yeah definitely !
Semalam aku pergi potong rambut
Seriously pendek
Undercut kan
Rambut yang ada pun dah pendek
Tapi still aku rasa panjang sebab boleh ikat
Aku jenis yang kalau rambut tuuu dah boleh diikat, maknanya rambut tu dah panjang
Bila panjang, kena lah potong
Bila nak potong, kena lah cari fesyen yang style
Yang up to date. Acah !!!!

So, aku nekad nak potong undercut hairstyle
Dan rasanya eloklah potong sekarang
Sebulan sebelum aku balik rumah
Harapnya bila balik nanti akan panjanglah sikit daripada sekarang
Kalau tak, confirm kena bebel
Tapi tapi tapi memang setiap kali aku potong rambut mesti kena bebel
Sebabnya fesyen rambut tak pernahnya sesuai dimata Mama
Abah okay jeee paling paling pun dia cakap '' Ya Allah, apahal kamu dogek ''
Macam tu je lah review dorang
Ouhhhh Atok
Atok pula memang tak bagi aku rambut pendek
Hari tu dia datang dah siap cakap, rambut dah okay tuuu biarkan panjang, jangan potong
Dekat adik aku si Amin tu pula dia suruh potong rambut, jangan bela panjang
Tak elok katanya lelaki rambut panjang
Tapi aku suka je lelaki yang berambut panjang dan kemas
Ha kalau nak diceritakan aku punya suka kat lelaki rambut panjang kang jadi panjang pula entry ni, tapi aku dah mengantukkkkk !!
Then, aku iye kan je laa cakap Atok
Malas nak bangkang
Sebabnya dia bukan nak dengar aku cakap
Aku cakap jangan kawen lagi hatta dengan siapa pun
Tapi dia kawen juga
So, buat apa aku nak dengar cakap dia, sedangkan dia pun bertahun tak nak dengar cakap aku
Macam tak relate kan rambut dengan kawen
Peduli !

Berbalik pada rambut yang dah siap dipotong semalam
Ringan pula rasa kepala
Eloklah nak dekat dekat final exam ni kepala ringan kan
Senang ilmu nak masuk
Itulah kepercayaan karut aku sejak dulu
Rambut pendek, kepala ringan, ilmu senang berdesup desup masuk
Hell yeahhhhhhhhhhhh !

Padahal, aku malas nak bela bela rambut ni
Buang masa syampu kena lama sebab rambut aku tebal
Lepas tu nak tunggu kering satu hal lagi buang masa
Aku bukan ada pengering rambut pun
Lepas tu aku lagi suka dia kering sendiri tak payah lap beria
Tapi tak ada lah sampai biar air berjejeh basah tengkuk baju lahaiiiii selekeh betul namanya !
Bersepah pun satu hal even rambut aku tak ada lah jenis yang gugur selambak
Tapi bila nampak rambut bergumpal aku rasa macam geli
Entah kenapa tak tahu tapi geli laaa geliiiiiiiii

Dan sekarang
Taraaaaaaaaa ! Undercut hairstyle, done !
Tunggulah panjang tengok jadi macam mana
Lepas selesai potong, aunty Yan Salon tu siap cakap
'' Kasi color sikit laa baru lawa ''
Aku pun sengih je laaa, nak cakap pasal hukum kang panjang pula cerita
Sebabnya ada jeee orang Islam yang warnakan rambut
Nak dibincangkan pun, aku bukan ada hujah hujah bernas waktu tuuu
So, aku rasa berbaloilah bayar RM10.00 untuk fesyen rambut yang macam ni
Rambut pun hampir habis ditrim, dilayer dan dipotong kemas juga rapi
Seperti yang aku nak :)
Yes, seperti yang aku nak.

Lalu, apa benda yang November Rain?
November sebab ni kan masih bulan November
Rain tu kira rambut aku lah
Rambut yang bila dipotong jatuhnya ke lantai seperti air hujan
Waw ! Ah lantakkkkkkkk

Your girl with
 fashionable short hairstyle,
always !