Wednesday, 30 November 2016

End of November Rain !

Aku akan menulis bila rasa macam nak menulis
Sebenarnya tak ada nak tulis apa pun
Tapi tu laaaa rasa nak menulis tu ada
Lantak laaa blog aku ke blog kau? 
Awww garang pulak

Nak dijadikan cerita
Eyh ada cerita pula
Tadi macam tak ada kan?
Like I said
Blog aku ke blog kau?
Ayat ayat counter back ni belajar dari Yusof la ni
Harey betei

Cerita benda?
'' A woman who cuts her hair is about to change her life ''
Yeah definitely !
Semalam aku pergi potong rambut
Seriously pendek
Undercut kan
Rambut yang ada pun dah pendek
Tapi still aku rasa panjang sebab boleh ikat
Aku jenis yang kalau rambut tuuu dah boleh diikat, maknanya rambut tu dah panjang
Bila panjang, kena lah potong
Bila nak potong, kena lah cari fesyen yang style
Yang up to date. Acah !!!!

So, aku nekad nak potong undercut hairstyle
Dan rasanya eloklah potong sekarang
Sebulan sebelum aku balik rumah
Harapnya bila balik nanti akan panjanglah sikit daripada sekarang
Kalau tak, confirm kena bebel
Tapi tapi tapi memang setiap kali aku potong rambut mesti kena bebel
Sebabnya fesyen rambut tak pernahnya sesuai dimata Mama
Abah okay jeee paling paling pun dia cakap '' Ya Allah, apahal kamu dogek ''
Macam tu je lah review dorang
Ouhhhh Atok
Atok pula memang tak bagi aku rambut pendek
Hari tu dia datang dah siap cakap, rambut dah okay tuuu biarkan panjang, jangan potong
Dekat adik aku si Amin tu pula dia suruh potong rambut, jangan bela panjang
Tak elok katanya lelaki rambut panjang
Tapi aku suka je lelaki yang berambut panjang dan kemas
Ha kalau nak diceritakan aku punya suka kat lelaki rambut panjang kang jadi panjang pula entry ni, tapi aku dah mengantukkkkk !!
Then, aku iye kan je laa cakap Atok
Malas nak bangkang
Sebabnya dia bukan nak dengar aku cakap
Aku cakap jangan kawen lagi hatta dengan siapa pun
Tapi dia kawen juga
So, buat apa aku nak dengar cakap dia, sedangkan dia pun bertahun tak nak dengar cakap aku
Macam tak relate kan rambut dengan kawen
Peduli !

Berbalik pada rambut yang dah siap dipotong semalam
Ringan pula rasa kepala
Eloklah nak dekat dekat final exam ni kepala ringan kan
Senang ilmu nak masuk
Itulah kepercayaan karut aku sejak dulu
Rambut pendek, kepala ringan, ilmu senang berdesup desup masuk
Hell yeahhhhhhhhhhhh !

Padahal, aku malas nak bela bela rambut ni
Buang masa syampu kena lama sebab rambut aku tebal
Lepas tu nak tunggu kering satu hal lagi buang masa
Aku bukan ada pengering rambut pun
Lepas tu aku lagi suka dia kering sendiri tak payah lap beria
Tapi tak ada lah sampai biar air berjejeh basah tengkuk baju lahaiiiii selekeh betul namanya !
Bersepah pun satu hal even rambut aku tak ada lah jenis yang gugur selambak
Tapi bila nampak rambut bergumpal aku rasa macam geli
Entah kenapa tak tahu tapi geli laaa geliiiiiiiii

Dan sekarang
Taraaaaaaaaa ! Undercut hairstyle, done !
Tunggulah panjang tengok jadi macam mana
Lepas selesai potong, aunty Yan Salon tu siap cakap
'' Kasi color sikit laa baru lawa ''
Aku pun sengih je laaa, nak cakap pasal hukum kang panjang pula cerita
Sebabnya ada jeee orang Islam yang warnakan rambut
Nak dibincangkan pun, aku bukan ada hujah hujah bernas waktu tuuu
So, aku rasa berbaloilah bayar RM10.00 untuk fesyen rambut yang macam ni
Rambut pun hampir habis ditrim, dilayer dan dipotong kemas juga rapi
Seperti yang aku nak :)
Yes, seperti yang aku nak.

Lalu, apa benda yang November Rain?
November sebab ni kan masih bulan November
Rain tu kira rambut aku lah
Rambut yang bila dipotong jatuhnya ke lantai seperti air hujan
Waw ! Ah lantakkkkkkkk

Your girl with
 fashionable short hairstyle,
always !



Friday, 11 November 2016

BYP

Let's rock'in roll with BYP ! 


Kau bukan yang pertama
Bukan juga kedua
Kau hanya yang terkini
Terakhir dan selamanya

Tunggu, dengar dahulu
Jangan begitu dan berlalu
Mungkin kau juga tahu
Cerita dahulu tentang diriku

Namun itu ceritaku
Sewaktu hati bagai batu
Kamu juga pasti ada kisahmu dulu
Tiada lagi biar berlalu
Tak perlu paranoid
Gadis

Jangan menilai dulu
Jangan terburu, beri waktu
Biar ku jadikanmu
Satunya ratu dalam hidupku

Kerna kini, ku tak mahu
Menyakiti dan disakiti
Kamu juga pasti ada kisahmu dulu
Yang dah lalu biar berlalu
Tak perlu paranoid
Gadis

Nananana nana
Ku bukan sempurna
Nananana nana
Kau pun juga sama
Ku bukan Romeo
Kau bukan Juliet
We go

Oh oh no no 
Kau bukan permata
Oh oh no no
Bukan yang kedua
Ah ah ye ye
Kamu yang terkini
Terakhir dan selamanya

Bukan yang pertama by FT
Anatomi 2016

Thursday, 10 November 2016

Telah ku menang kamu ~

Weyyyyyy lama gila tak update !
Malas nak menaip sebenarnya
Plus busy laaa busyyyyy
So, entry kali ni aku belanja lirik lagu Menang !
Its such a warm and lovely song okayyy
Dedicated to the one that u've win his/her heart
Yeay Menang !
Nanti kawen aku nak play lagu ni sambil potong kek !
Ouchhhhhhh !
Here we go bebeyhhhhh !


Tidak terduga waktu ini kan tiba
Jelas di minda gambaran yang pertama
Cukup semua tutur dan caramu
Kau panah hatiku

Tangis dan tawa semuanya bersama
Bagai udara ku perlukan sentiasa
Ku putus kata hidup tanpa kamu
Bukan yang ku mahu

Sedia ku terima dirimu seadanya
Setia menjagamu untuk selamanya
Sedia ku diduga ku berani kerana
Telah ku menang kamu

Bertahun lama mengenal hati jiwa
Retak berjuta tetap satu semula
Ku putus kata hidup tanpa kamu
Bukan yang ku mahu

Jangan bimbang
Ku sediakan semua
Kau takkan hilang arah
Jangan bimbang
Ku kan jadi yang terbaik untukmu

Sedia ku bersama dirimu selamanya
Telah ku menang kamu

Menang by Faizal Tahir
Anatomi 2016