Friday, 30 September 2016

Cengeng !

Sejam lagi nak habis September 2016 hey !
Wake me up when September end !
Hoii lama sangat tuu tidurnya pun adoi
Bukan tidur jeeeee
Sedar lah, sedar dan berpijak di bumi yang nyata okayyyyy

So, this is the 2nd weeks after my family sending me back here
Here where? UniMAP lah
Hostel okay, okayyyyyy hostel !
Masa nak balik tuuu sedih tahap tak boleh nak ampun
Time kemas beg dekat rumah pun sedih, entah apa apa
Tapi dah sampai sini okay je
Okay gila lepas dapat tingkat 4
Mampossss hostel tinggi gila paling atas !

Last week hari ke-3 aku kat hostel
Penat kemas barang pun tak habis lagi
Tetiba Hasyim call
Siot gila perangai
Saja acah acah ajak lepak laa bagai
Tanya aku kat mana
Padahal tahu aku dah balik sini
Maka, sebak lah di dada
Naharom betul
Dah jauh baru cari
Sebelum balik aku ajak lepak, tak mau !
No, bukan dia taknak. Cuma ada hal lain
So, aku faham.
Lepas 10 hari Hasyim call lagi, iaitu hari ini, baru tadi
Kahkah ini lawak !
Lawak laa sebab lepas kejadian Encik Zafir post Hasyim mencari suri rumah
Aku rasa nak gelak jeeeee
Sampai saat aku menulis, masih terngiang ngiang sembang Hasyim
HAHAHAHAAHAHA !
Kali ni aku pesan awal awal, nak sembang jangan sampai aku nangis !
Amaran keras.

Lagi satu, adik Yuha pula meninggal
Maka bertambah laaa kesedihan
Padahal aku mana pernah jumpa adik Yuha
Tahu tahu macam tu jeee dia ada adik kembar
Tapi sebab meninggal kan
Pergi tak kembali
Gila tak sedih?
Berita kematian kot, wajarlah untuk aku bersedih
Stay strong, Yuha !

Haaa lepas tu ayah kawan aku lagi kena tahan masuk hospital
Lepas tahu details kenapa bagaimana apa tuuuu
Maka berterusan laa kesedihannya
Hey Yusof ! Stay strong, keep faith, okay !
Penat dooo sedih !
Tapi bukan aku nangis teruk pun sampai mata bengkak
Tak ! Cuma sedih laa. Sedih sekejap jeee
Hari hari sedih pun tak boleh juga
Syahmi cakap nangis takkan dapat ubah apa apa pun
Ha ! Syahmi pun garang kenapa entah ?
Hey cepat je mata aku berair bila si Syahmi ni tak faham aku nak apa
Lepas tu bebel itu lah ini lah, sighhhhh !
Eyyyyy geram pulak aku. Nasib baik dah setel
Lastly, aku doakan semua orang dapat yang terbaik dan dipermudahkan segala urusan.
Jangan cengeng cengeng okay ! Hewhewwwww

Jangan lupa Tuhan.
Sekian coretan.

Tuesday, 27 September 2016

Obses

Last time aku ada baju putih masa raya tahun 2008.
Masa tu memang tekad nak tempah baju raya warna putih.
Masa beli kain pun, dorang serius tanya
Betul ke nak tempah baju putih ni?
Betul ke? Ye, betul. 
Keputusan aku untuk buat benda yang aku suka tak pernahnya tak betul.

Dan biasalah pemikiran pemikiran orang ni memang kadangnya entah apa apa
Eyhh kau ni macam tak lama nak meninggal ni
Eyhh pakai baju putih tak takut hilang seri ke masa kawen nanti?
Engkau boleh rilex sebab sampai sekarang pun aku belum kawen okay KAHKAH !

So, baju putih tuu aku tempah design macam 
HUHU macam apa???
Okay kain dia lipat macam kain batik dan baju tuuu buat belah kiri kanan macam kurta
Yes ! Kurta ! Tak tahu aku nak panggil baju tu design apa
Tapi aku taklah pakai masa raya pertama
Baju tu aku simpan untuk raya yang entah ke berapa baru aku pakai
Kenapa? Entah. 
Aku jenis yang bila ada event baru nak beli baju ke tempah ke apa ke
Dan lagi satu, aku bukan suka sangat pakai baju kurung so buat apa nak beli kalau tak pakai ?
Dari dulu. Yes,dari dulu.
Jadi, baju kurung atau baju berkain dengan erti kata lain cuma akan ditempah atau dibeli waktu menjelang musim raya sahaja.
ITU PUN DULU
Sekarang aku beli baju yang berkain atau dress untuk pergi majlis kawen, majlis kawen dan majlis kawen orang
Sebab aku belum ada idea nak match kan seluar dengan baju macam mana supaya aku tak perlu berkain dan nampak sopan di majlis orang

Kejap kejappppp
Apa benda entah aku taip !!
Seriusly zaman sekolah memang aku obses dengan warna putih
Kan putih tu melambangkan kesucian
Lantaklah kau lah nak fikir bajet bajet suci ke apa ke lantak lah apa aku nak tulis kat entry aku lantakkkkkk
Apa yang aku nampak
Bila kau pakai serba putih, kalau cantik lain macam tuuuu orang akan ingat dia ni baru lepas nikah nieyhhhh
Bila macam serabai sikit, orang akan ingat mesti baru lepas pergi orang meninggal
Hell no ! Sejak bila pergi orang meninggal ada dress code warna putih pulakkk
Entah apa apa okayyyy meleis sangat pemikiran tu

Aku sebenarnya tengah macam lost sikit nak taip apa
Tapi sebab nak taip juga
Hah lantakkkkk !
Bersepah semuaaaaaaaaaa
Okay nak cerita lagi
Masuk je poli aku dah tak obses dengan warna putih
Kenapa pun entah lah
Satu yang pasti, MANUSIA BERUBAH. 
Aku ulang nieyhhh MANUSIA BERUBAH UBAH
Aku lagi suka warna merah ! Aummmmm

Sehinggalah raya haritu
Aku beli dress putih
Naharammm dalam gambar nampak putih suci bersih !
Sekali sampai jadi warna beige
Tak, tak haram pun sebab memang warna dia beige !
Aku yang silap, ye silap aku 
Aku tak baca details sebab excited lebih !
Macam tu jugalah manusia, dari jauh nampak suci
Dekat dekat macam tahi
Okay tak ada kaitan pun. KAHKAH !

Dan hari ini,
Obses pada warna putih tu datang tetiba !
So aku beli lah baju putih, kain putih yang bercorak sama macam palazo Mama
Entah bila nak pakai pun aku tak tahu
Dia bila dah obses, ada pasal ke tak ada pasal ke aku beli jeeee
Nama pun obses, tapi realitinya aku tak macam ni
Ye, aku mana ada perangai macam nieyhhhhh
Hewhewwwwwww !
Ouh wait ! Haritu lepak dengan member pun ada pakai kemeja putih
Setelah bertahun juga tak keluar berbaju putih macam tuuuu

But then !
Banyak jeee barang aku warna putih
Even dah masuk poli yang masa tuuu semua barang kalau boleh aku nak warna merah 
Tapi tapi tapiiiiiii
Beg aku warna putih
Cover laptop aku warna putih
Samsung dan ASUS warna putih
Broadband dan Pendrive pun masih aku pilih warna putih
Aku siap beli highcut warna putih aka kasut sekolah warna putih lagi untuk pakai pergi kelas
See? Okayyy bye

Sejauh mana pun engkau menidakkan, 
ia tetap kebenaran. Pergi hadap !


Tuesday, 20 September 2016

What em doing for living (Part 1)

Woah ! Lama gila tak menulis ! Eyhh menaip!
Yeay ahhhh menaip sesuka hati !
So, hari ni hari kedua aku kat hostel
Tingkat 4, takde lif dan rumah aku je ada orang kat aras ni
Siap bumbung bilik aku berbunyi lagi waktu siang
Waktu malam, senyap je.

Tapi tapi tapi
Bukan itu yang nak di fokuskan untuk entry kali ini
Hewhewwwwww !
So, here we go !

What em do for living ?
Last kelas 3 bulan lepas
Ha lama gila punya cerita baru nak taip
Lecturer aku ada offer job
Dia tanya siapa volunteer nak tolong buat kerja survey
I was like ha? survey?
Macam FYP aku je
So, aku pun join lah

Dipendekkan cerita sebab nak taip tapi malas
HAHAHAHA
Lepas 3 kali taklimat
Maka mula lah kerja kerja survey !
Kerja ni kena siap dalam masa 2 minggu je, okayyyyy

Permulaan yang bagus bagi aku sebab senang nak deal dengan person in charge
Kerja kerja ni memang melibatkan elektrik dan aku memang bukan budak elektrik
Tapi knowledge sikit sikit tu ada la dapat daripada taklimat yang 3 kali tu
Di tambah dengan aku tanya Mr Google

Basically survey ni melibatkan hampir seluruh negeri negeri di Malaysia
So, aku cover area Shah Alam, Selangor
Mostly, aku akan deal dengan technician bahagian elektrik
Dan dorang memang handsomeeeeeee KAHKAH !

Antara soalan yang femes ditanya masa jalankan survey :
1. Datang sorang ke? Ye, saya datang sorang
2. Praktikal student daripada mana ni? Saya bukan student, saya kerja dengan MJC. Sambil buat muka macam orang dah kerja
3. Buat FYP ke? Taklah, survey ni untuk Suruhanjaya Tenaga

So, lepas 2 minggu setel laa semua kerja kerja ni
Time untuk buat report !
Tampal tampal resit claim parking, claim toll dan claim minyak
Tak lupa juga claim survey !
1 survey lumayan juga laaa bayaran dia !

Last nak cerita
Pengalaman tu best
How u deal with rejection was very challenging 
And a good connection with all those people someday maybe will bring back u to them
Ada yang minta name card, since tak ada name card so aku bagi je number terus
Mudah bukan? 

Haaa ni je lah entry untuk kali ini !
Entry orang yang malas taip tapi nak juga taip !
KAHKAH !
Kenapa Part 1 ? Sebab mestilah akan ada Part 2
Tak sabar pulak nak tulis Part 2 !
Okayyyy, till I write again ! See ya !


Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
Kalau nak tahu aku buat survey apa 
boleh laa pm/dm/text or direct call aku