Thursday, 21 January 2016

Day 10

Hari ni pergi sekolah lagi jauhhhh dari sekolah semalam !
Rasanya lagi mencabar kot !
Heh !

Ha ah, memang !
Pepagi dah kena attack
Cakap procedure kitorang ni salah
Benda boleh bawa bincang
So, lepas bagi tau semua semua, maka setel lah

Dan sekali lagi kena attack masa edar questionnaire
Adoiiiiii sir, bagi kerjasama kejap boleh tak?
Cakap banyak tanya pun banyak
Ramah mesra betul !
2 kali jumpa dia, 2 kali kena attack
Partner FYP aku kemain gelak kan aku
Kau tunggu laaaa buat FYP sorang sorang nanti 
Jumpa cikgu yang sama
Kau rasa macam mana aku kena !
Kau gelak, boleh pulak kuat terbahak kuat nak mamposssss !
Kemonnnnn punya partner !

Dalam kelas yang aku buat FYP ni kan
Ada sorang budak nama Hafiz
Nakal, gangster and whatsoever
Aku perhati jeeeee
Orang pergi makmal, dia lepak dalam kelas
Cikgu dalam kelas, dia pergi merayau
Orang pakai baju sukan, dia lengkap pakai uniform sekolah
I was like ! HAHAHAHAAHAAA engkau kenapa
So, masa edar questionnaire tu dia takde dalam kelas
Dia buat lambat sikitlah daripada kawan kawan dia
Cikgu pun dah ada dalam kelas
Jadi aku duduk sebelah dia, explain macam mana nak buat
Tak payah laa nak cakap kuat kuat kan
Slow talk gituuuuu
Berpeluh dia wehhhhh
Padahal kitorang duduk bawah kipas kottttt
Kawan kawan dia menganjing
'' Huyoooo Hafiz awek duduk sebelah ''
Kahkahhkahhhhhhh !

Deal dengan budak sekolah menengah ni senang banyaklah daripada sekolah rendah
Yang tak faham soalan pun cuma sikit jeee
Cikgu cikgu sangat supportive
Thanksssss alot !
Minggu depan aku datang lagi
Sorang
Yes, alone !

Many thanksss for my partner FYP, Nazim 
He was helping me a lot in distributing 500 sheets of questionnaire
Driving manual car all the way straight in 3 days
And many more

Esok pergi soranggggggggggggggg !
Esok first time isi minyak sendiri !
Let see weather I can handle it or not !

Day 9

Hari ni pergi sekolah jauh sikit
Sekolah ni ada bau sikit
Sebab dekat dengan landfill

Student pun agak pasif
Tapi ada juga yang aktif dan annoying gila
Tak tahu laa surounding dia macam mana kan
Boleh bantai dia tanya aku
'' Akak dengan abang dah kawin ke ? Abang ni boyfren akak ke ? ''
Wadehell
Aku jawab sambil gelak gelak
Lagi dia tanya banyak
Malas betul aku nak layan budak macam ni

Sama je macam sekolah semalamnya
Ada yang boleh baca, ada yang tidak
So, nak tak nak memang kena guide la masa edar questionnaire tuuu
Penat wehhhhhh bercakap
Dan partner aku ni la haiiiiiiiii suruh explain kat depan suara dia pula romantik
Kena paksa cakap pun tak jalan
Lempang nak? Kahkahhkahhhhhhhhh

Pagi tu kitorang breakfast kat kantin sekolah
Mee gorang dia sedap gila !
The delicious mee goreng ever for beginning of 2016 !
Jyeahhhhhh
Disebabkan sedap teruk, rasa kenyang dia tu sampai malam
Serius !

Day 8

Okay hari ni hari pertama pergi buat FYP
I am so so so happy dan cuak pun ada
Sebab nak edarkan questionnaire

Sampai je dekat kelas
Bebudak tu excited jumpa kitorang
Partner FYP aku kena usik teruk kottttttt
'' Bang 6 pack bang ! '' HAHAHAHAA
'' Akak ni putih. Eyh bang dulu datang takde parut, apesal hari ni ada parut ? '' Cilaka
'' Abang ni handsome lah, pinjam fon abang nak main game. Akak ni banyak jerawat ! '' Double cilaka
Since bebudak tu dah kenal kitorang, so takde la masalah sangat nak jalankan FYP dan questionnaire
Siap tanya, bila kitorang nak datang kelas dorang lagi

Sekolah rendah ni tukar subjek setengah jam macam tu
Jadi jenuh juga laa bila setiap kali cikgu masuk nak kena bagi tau apa kitorang buat kat belakang kelas tu
Sighhhhhhhhhhhhhhhhh
Lagi jenuh bila edarkan questionnaire
Ada sesetengah kelas tu budak budak tak faham dan tak boleh baca
Kena laa pergi kat sorang sorang terangkan
Partner FYP aku ni pula suara ni agak romantik gituuuuu
Tak tahu laa malu ke atau dah memang macam tu
Takpe takpe, gua boleh handle okay !
Budak budak jawab ambil masa 10 hingga 20 minit macam tu
Lama woiiiiiii !

After settle all that matters
Balik laaa hostel
Tidur mati nasib baik tak mati terus je
Penat nak mamposssssssssssss
Paling tak boleh blahhhh
Kaki tangan lenguh semacam !
Tapi partner FYP aku siap boleh jogging lagi petang tuuu
Gua dah baraiiii seyhhhh
Last last aku masak air
Rendam kaki dengan air suam
Lega !
Baru boleh tidur lena
Esok pergi sekolah lain pulakkk !
Jyeahhhhhhhhhh

Monday, 18 January 2016

Quarter of century !


25 !


Thanks for all the wishes
Rata rata wish semoga cepat jumpa jodoh, cepat kawen 
I was like
Takde perkataan lain ke selain kawen dalam kepala otak tu ?
Aku banyak lagi benda nak buat kot selain kawen
Woiiii wish laaa aku cepat kaya !
Boleh aku berjimba foya dengan koranggggg !

Dan ada lagi satu aku baru perasan
Tak tahu la fenomena ke apa ke
Kawan kawan aku yang dah ada anak rata rata wish 
' Happy birthday, Aunty Ain Dzulaikha'
Whattttttttttttt ?? Aunty??
LOL
Perlu ke nak panggil aku macam tu?
Exactly memang bukan anak korang yang wish pun
Call me aunty?
Perlu ke? Dah kenapa? 
Helloooo
Tak payah la wey
Tak payah
Just call me the way u used to call me before

Saturday, 16 January 2016

Day 4

Hari ni pergi Dragon lagi
Punyalah malas nak bangun
Bas dah la satu trip pergi je, pukul 730 pagi pula
Bluerghhhhhhhhhh
Maka hari ni aku bersauna lagi di tempat yang sama

Tujuan pergi hari ni nak buat surat pinjam alatan FYP
Everything going well juga
Even tak dapat pinjam banyak 
Tapi still dapat juga

Maka berulang alik lah aku macam orang buat buat busy
Dari Bilik Diskusi ke Bilik Sv
Dari Bilik Diskusi ke Lab Air Pollution
Dari Bilik Diskusi ke Makmal En Nazerry
Berpeluh terukkkkkkkkkk
Basah dia tak payah cakap laaa macam mana

After all
Semua setel
Yeay ! 
Minggu depan dah boleh mula !
Cuma satu lagi masalah
Partner FYP aku punya alatan takde !
Ada, tapi baru nak setel minggu depan
Aduhpakkkkkk takkan aku nak pergi sorang ?
Since aku perlukan dia untuk edarkan questionnaire
Dia juga perlukan questionnaire tu untuk FYP dia
See we need each other to complete this mission
Jadi, tak boleh laa mula hari Isnin
Yang sebenarnya aku pun malas pergi hari Isnin
Ada perhimpunan and all that
Kacau !

Balik tu sementara tunggu bas
Aku call mama
Macam biasa
    '' Malam ni makan apa? 
Makan kuew tiau sup. 
    Woww sedap tuuu
Bolehlah. Sedaplaaaaa. Mama makan apa?
    Kuew tiau kungfu
Hek elehhhhh lagi sedap ! ''
Dan mama bagi tau, kelmarin hari jadi tuu dia punya hari sama dengan hari dia lahir
Hari Rabu 1964
Aku tanya, abah bawa pergi mana makan apa?
Mama jawab, dia tolak semua ajakan dan pelawaan abah sebab aku takde sama

Ya Tuhan
Sebak aihhhhhhh
Nasib baik aircond bas kuat
Cukup kuat angin dia untuk lap air mata sebak aku
Semangat aku nak setelkan FYP cepat cepat
Ni kalau FYP aku tak siap awal bulan 2 ni
Memang aku tak balik laaaa
Cuti seterusnya bulan 4
Maka dengan itu, cukup 6 bulan tak balik
Terasa macam anak derhaka

Permudahkanlah Ya Tuhan

Friday, 15 January 2016

Day 3

Lepas prepare questionnaire and all that
Aku pergi Dragon hari ni
Yeah ! Bersedialah mereput kat sini daripada pukul 9 pagi sampai 5 petang 
Bas pula ada sekali pergi dan sekali balik je
I was like, adoiiii pakcik bas tak boleh tolerate ke ambik pukul 12 tengahari
Bilik Diskusi pula aircond rosak
Sumpah panas gila sauna !
Boleh kurus duduk bersauna dalam ni

Tujuan pergi Dragon hari ni nak jumpa sv 
Suruh dia cek kan questionnaire yang buat semalam
So, everything going well
Aku rasa ni first time sv aku tak banyak komen
Dan aku tak banyak kesalahan
Sebab buat pun ikut guideline
Jadi okay lah semua
Dia macam, kalau kita ikut jalan yang lurus
Maka lurus dan benarlah semuanya
Heh !

Aku tak kata betul cukup semua
Kesalahan tu ada tapi tak lah banyak
Macam keslahan ejaan ' borang ' jadi ' boring '
Since memang petang semalam boring gila buat bende alah nieyhhhhhhh
Ada juga soalan soalan yang ayat dia aku sendiri pun tak faham
Ini kan budak sekolah Tahap 2 yang nak jawab nanti
Ayat dia? Woiii ayat aku. Ayat aku dengan partner FYP aku

Dan, esok datang Dragon lagi
Tunjuk yang dah betulkan
Dan surat
Yeah ! Surat !
Hailaaaa surat !


Thursday, 14 January 2016

Hi ma !


Happy birthday, mama !


Call mama pagi pagi tadi
Mampu cakap itu je
Itu je kau mampu cakap?
Ha laaaaaa
Aduhhh cakap lelebih kang sebak pula
Dah la tahun ni umur aku suku abad
Tak dapat pula celebrate dengan mama
Tak dapat gaduh nak beli kek macam mana perisa apa
Dah la tiap tiap tahun celebrate dengan mama
Tahun ni pula terkandas kat sini
Sedey pedey okay !
Sebab tu laaa yang tu je mampu cakap
Dah la sedih bye

Day 2

Sebenarnya hari ni aku plan nak pergi library
Setelkan questionnaire untuk FYP
Reason pergi library sebab sini takde tempat untuk duduk berbincang
Dah partner FYP aku lelaki !
Tapi tak jadi
Tak pergi pun
Malas
Panas

Tiba waktu lunch
Jalan punya jalan
Kedai makcik RM1 tutup wehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Satu satunya kedai harapan dah tutup
Harapan menjadi layulah cerita dia
Ontheway balik
Makcik cafe belakang ni offer guna motor dia pergi beli makanan dekat luar hostel
Yeay !

Well cerita FYP belum setel
Petang tu kita jumpa kat library Kuala Perlis
Bla blaa blaaa
Okay setel !
Esok pergi jumpa sv tunjuk
Setakat nak tunjuk boleh emel je kan?
Tak, bukan semata mata nak tunjuk je
Nak bincang, nak tahu komen dan cadangan daripada beliau

After all pergi makan kat Kuala Perlis
For the 1st time in 2016 aku makan nasi putih weh !
Dah selama ni kau makan nasi hijau ke apa?
Selama ni aku makan nasi tomato warna oren
Lulz
Berlaukkan sotong goreng tepung dan kailan ikan masin bersama air tembikai
Aumphhh ! Kenyang ssmpai esok !

Actually I taken that as a reward because 
I've finished the examination
Yet still stay here in Perlis Indera Kayangan

Tuesday, 12 January 2016

Day 1

Semalam adalah last paper untuk peperiksaan sem ini
So, hari ni bermulalah cuti semester selama sebulan !
Wow !

Tapi aku mana balik
Tak payah wow sangatlah 

Jadi hari ni aku bangun pagi pagi mengemas 
Aku mengemas ? Just wow !
Ni kira buang tebiat, dunia nak kiamat
Kat rumah AKU mengemas nak dekat raya je
Selalunya mama yang kemas rumah, mop lantai, cuci kipas and all that
Yes, mama rajin, aku malas

Bila dah siap kemas semua
Aku pun sms la kedai makcik RM1
Sms nak makan apa semua
Sekali dia cakap tak masak nasi hari ni
Kedai buka pukul 2 petang

I was like
Whattttttttttttttttt ???
Dah tu lunch aku nak makan apa?
Kedai memang semua tutup
Nak keluar pun panaihhhhhhhhhhh pakhangggggg orang peghlih kata
Dah la breakfast roti gula planta sekeping jee
Itu pun sebab nak tenaga untuk kemas bilik
Dude, I need something heavy to continue my day
Pasar malam buka pukul 6 petang kotttt
Aku ada 6 jam lagi untuk dapat makanan yang mengenyangkan

Dalam pukul 4 petang, aku pergi kedai makcik RM1
Beli mihun sup, ice blended oreo dengan ayam goreng
Lepas kenyang, aku tidur sekejap
6.30 petang pergi pasar malam dan memborong makanan dengan rakusnya
Perangaiiiiiiiiiiiiii


Makanan wajib beli kat pasar malam Perlis
Nasi kerabu lauk daging dan telur masin


Wednesday, 6 January 2016

SVA :)


Bukan aku tak minta
Aku dah minta dari awal awal lagi
Bukan aku tak usaha
Aku usaha, tapi last minutes jugalah
Apa yang aku tunggu hanyalah keajaiban
Kuasa Tuhan
Tuhan jawab doa aku
Jawapan yang aku nak dengar
Jawapan yang aku dah sediakan skemanya

Ya Tuhan
Segalanya aku masih simpan elok elok kemas kemas
Bagi aku, ia sangat berharga
Harga yang tak ternilai
Semoga kita tak jumpa lagi

Dan kalau jumpa pun, pastinya hai hello
Bukan lagi untuk tujuan yang sama
OK!

Sunday, 3 January 2016

Tomorrow is the day !

So hari ni salah satu lect yang ajar subjek final esok datang buat kelas
Dia suruh review beberapa soalan
Tapi kitorang percaya soalan tu yang akan keluar esok

Biasalah student
Lect pulak tetiba datang pagi pagi Ahad macam ni nak review soalan
Rajin pula dia
Untuk apa kalau soalan tu takde kaitan dengan esok kan ?
Dah la dia dalam kelas punyalahhhhhhhhhh
Haihhhh malas nak kata
Esok paper dia pula !
Dia coordinator, dia cover half subjek, dia conquer soalan and all that

4 soalan dia bagi dan kertas kat tangan dia yang macam baru print
KAHKAHKAHHH
Well, lagilah kepercayaan tu tinggi yang soalan soalan tu akan keluar esok
Kalau tak sama pun, konsep mungkin sama, tukar nilai
HAHAHAHAAA
Again, student biasalah predict benda benda macam ni
Nak sedapkan hati
Bila tak keluar, menyumpah seranah laa berjemaah

Dan sekali lagi setelkan soalan soalan tu dengan dia
Dia who?
Budak bijak pandai tu laaaaaa
4 hari wehhhhh lepak study dengan dia
I was like
Ya tuhan, bagilah sikit kebijaksanaan budak tu kat aku

Kira kira kira
Okay siap !

May God ease us tomorrow and so on
Good luck !

Friday, 1 January 2016

2015 all the way !

The beginning 
Permulaan 2015 aku agak baik
Baiklah sebab ada engkau by my side
Cewwahhhh by my side gituuu
Lepas tu kau hilang
Hilang macam tu je weyyyyy
Apahal entah ?
Lepas tu aku mark kau budak hanyut

The middle
Haaa ni memang suweyyyyyyyyy
Dah la kena saman 2 kali
Kena friendzone lagi
Hak alaaaaaaa

The ending
Yang ni double suwey
Mana tak nya? 
With all the things everybody need ASAP !
Lepas tu, TER buat perangai bangang pula
Padan

Well, maafkan salah silap aku dan terima kasih atas segalanya
Lesson learned