(: Terima kasih atas setiap kenangan :) Kalau kau baca waktu aku dah meninggal dunia, tolong sedekahkan surah Al-Fatihah kat aku. Terima kasih :)
Monday, 12 November 2012
Lost World Of Tambun
jeng jeng jeng !
sem lepas usha usha je
sem ni dapat jejak terus!
jyeahhhhhhh!
kami telah mencipta lagi satu kenangan bersama!
aku hasyim haza charlie dan fikri!
sampai sana baru lepak dgn tira
8 november 2012
bertolak dari sabak jam 9 pagi
sampai ipoh lebih kurang jam 11 lebih
beli tiket charlie jap kat Stesen Keretapi Ipoh
makan tengahari dengan tira!
makcik tu punya sup nasi goreng sedap terukkkkkkk!
dan solat di Masjid Ipoh
seterusnya meneruskan perjalanan ke Lost World!
jumpa sepupu aku jap untuk dapat tiket yang agak murah
tiket kami RM35 sahaja~
selesai semua urusan tiket
apa lagi!
masuk la tukar baju semua!
main air!
celup celup dalam air jap
naik kapal lak!
ni nak habaqqq
seronok terukkkkkk naik kapal tu!
fikri rilek je duduk sorang
hasyim aku charlie haza duduk 1 kerusi
gila la haiiii
mula mula kapal tu gerak
ok ok je
lama lama laju dan tinggi kemain macam nak cecah langittttt!!!!!
ppppttttfffffff!!!
jantung aku mcm nak tercabut
nyawa rasa nak melayang
tak larat nak jerit dah!
mmg la aku nyorok belakang hasyim jeee!!
pegang lengan dia yang taff tu kuat2!
menggigil tangan kaki aku!
sumpah laaaa aku taknak naik lagi!!!!!!!!!!!!!!!!!
lama pulak kapal tu bergerak
haza dah jerit2 suruh abang yang jaga tu berhenti kan
charlie dah tunduk tunduk mcm apa je
hasyim jerit jerit kegembiraan
yang aku pelik bebudak sekolah yang satu kapal dgn kami tu rilekkk je menikmati kapal yang bergerak tu
jiwa kental betul . apa budak budak ni tak reti takut ke?
turun je dari kapal
charlie dgn aku dah pening2
seterusnya!
naik buaian yang berpusing tu
cuma hasyim dgn fikri je yang naik
yang lain duduk tenangkan perut
masing masing nak muntah!
dan seterusnya
naik kapal gak
kali ni kapal yang berpusing
aku naik dgn hasyim
haza dgn fikri
charlie dah surrender
yang kapal ni tadi aku tgk so so je laju dia
bila dah naik
kemain laju lakkk dia berpusing!
pening yang mmg akan muntah punya la!
dia masuk je pusingan kedua
aku dah pejam mata
mmg tak la nak tgk depan ke bawah ke apa
cuma aku menikmati angin yang kuat je
lg sekali kami naik dgn budak sekolah
ada budak tu rilekkkk je naik sorang
heyyyyy mmg jiwa kental
ingat nak main je bebudak ni
turun je dari kapal tu aku muntah!
hahahahahahaha
masam siottttttt!
dan kami pun sambung la main air lagi ~
lagi lagi dan lagi
menyusup di celah celah semak
sesuka hati je
masuk zoo
masuk kolam air panas
pergi naik gajah yang tak bergerak!
pergi cari bijih timah
masuk gua
tengok harimau
dan hari pun hujan
aktiviti main air terpaksa di hentikan sekejap
kami lapar
lalu mencari makanan
ahhhh restoran dalam tu mmg mahal terukkkkk
jadi kami buat la ala ala jalan jalan cari makan
pergi setiap gerai
keluarkan seorang RM1
beli makanan dan kongsi sama sama
so sweet
mula mula makan putu mayam
lepas tu gerai sebelah dia makan rojak buah
dan dan dan baru perasan ada gerai ala ala mini bar kat sebelah kolam air panas tu
ada jual pizza. haza belanja pizza! yeah!
sementara tunggu pizza
hujan pun dah reda
dah boleh mandi balik
pizza dah masak
kami pun makan
makan pizza sambil mandi kolam air panas
amareka betul!
hari pun makin gelap
rasa dah boleh keluar dari Lost World ni kot
siap siap bersihkan diri. solat dan meneruskan perjalanan
acah acah nak makan stembot tapi tak kesampaian~
next time maybe
tapi sempat gak la aku beli Hot n Roll
malam tu kami makan McD
seterusnya tengok movie!
SKYFALL ~
9 november 2012
habis movie, hantar tira balik rumah
dan hantar charlie ke Stesen Keretapi Ipoh
tidur jap kat surau situ
dan jam 5 pagi meneruskan perjalanan balik poli
hasyim bawa kereta sumpah la laju gila!
yang si fikri GPS ni pula guna GPS dia bawa lalu jalan mana tah
lalu sawah bendang bagai
jalan pulak makin lama makin kecik je aku tengok
last last sampai juga ke jalan besar~
tak tahu la jalan yang dia bawa tu shortcut ke apa
dengan penat yang melampau
kami sampai di bilik masing masing jam 10pagi
Next time Pineng pulakkk!
Malam Pembubaran
ini agak pelik bagi aku
malam pembubaran pun sedih!
cannot go like this!
sedih yang betul betul sedih
sikit sikit sudah laaaa
aku dah rasa 2 ke 3 pembubaran
pembubaran aku nak g LI
sedih sikit la
ni bebudak ni
yang melepaskan jawatan sedih
yang menerima jawatan pun sedih
yang nak pergi LI sedih gak
apatah lagi yang dah habis sem ni! sedih terukkk!!!!!
mungkin bebudak ni baru terasa ikatan kekeluargaan tu kot
layankan aja~
setiap yang berada di dalamnya pasti bakal rasa benda yang sama
semoga perpisahan kita di berkati illahi ~
take care you all ~
Jamuan Akhir & Malam Graduasi PRS Sesi Jun 2012
sedeyyy pedeyyyy
aku tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan ni mlm tu
mmg mcm ni kot perasaan budak last sem
penuh dgn tangisan
tangisan kegembiraan
tangisan kesedihan
tangisan kesyahduan
ceeewah!
nak tahan mmg dah tak dpt la
bebudak ni pulak main lagu yang menyentap hati jiwa raga hempedu
aku pun layan je
lantak p la nak nangis ke apa
mata mmg dah bengkak
satu perkara aku highlight!
hasyim pun boleh nangis weyyyy
selama 3 tahun aku kwn dgn hasyim
aku tak pernah tgk dia nangis
tetiba mlm tu dia nangis lak
boleh lak hasyim ckp 'Ain kau jgn la nangis, nanti aku nangis gak.'
dalam hati aku. kau nak nangis, nangis je la.
express your feeling!
nak simpan buat apa.
mlm jamuan tu mmg penuh tangisan dan kegembiraan
apa sebenarnya aku nak sampaikan?
aku nak ckp yg tu la family aku kat sini
itulah kehidupan aku kat sini
aku terasa hidup bila ada mereka
aku belajar macam macam daripada mereka
jatuh bangun aku dengan mereka
sedih gembira aku dengan mereka
susah senang aku pun dengan mereka gak
family kan? keluarga dalam bahasa melayunya.
aku kalau boleh taknak malam tu berakhir
tapi apa kan daya
hidup perlu di teruskan
terima kasih atas segalanya
maaf juga atas kesilapan yang pasti ada
ada jodoh. ada nyawa. ada masa. ada rezeki.
kita pasti berjumpa lagi ~
aku bersyukur dapat menjadi sebahagian dari kalian~ i love you, PRS PSIS!
Monday, 1 October 2012
Teman Pengganti ~
Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama
Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka
Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah
Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami
Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna
Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri
Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti
Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti
*Sesungguhnya tiada yg boleh mengganti kamu
Sunday, 24 June 2012
is this Malaysian??
Can study continue STUDY
Can't study, work FACTORY
Cannot rely on CHARITY
Earn a little SALARY
Just enough 4 daily ROTI
Go work no WIRA but LRT.
Colleagues formerly FRIENDLY
Daily treated to KOPI
Now gradually get CRAZY
Behind me say I LAZY.
Boss has no SYMPATHY
Work always must HURRY
Say I not enough BUSY
Often ask me do OT
Midnight go back by TAXI
TAXI surcharge KILLING ME
Now i pokai and NO MORE MONEY
Borrow from along kena EXTRA FEE
Coz money is never FREE
Boy/girl-friend go STEADY
Serious, and then MARRY
Ceremony and PARTY
joker-friends give PANTY
No money sure no HONEY
10 months later be DADDY
Wife at GH birth a BABY
Monthly pay back RHB
Earn not enough FEEL GUILTY
Want to jump down suicide and MATI
No money 4 funeral how to BURY
Because MALAYSIA BOLEH. SEMUA JADI.
copypaste from Atai DAS
Thursday, 21 June 2012
ku tiba lagi bersama kenangan itu
Menanti bicaramu menyambut kataku
Bagaikan puisi mimpi mengindahi lenaku
Hadir cahayamu menari dimataku
Lembut jiwa menyambutku
Mimpi kita bersatu
Dan ku mengharap
Sinar hatiku bertemu
Kutiba lagi
bersama rasa rindu datang bertamu
Diruang hati kecil yg berbicara
Ingatilah diriku ini bersama
Kenangan itu
Walaupun ku lihat bintang-bintang di balik awan
Gugurnya kebumi menjadi impian
Takkan ku lepas apa yg ku harapkan
Kerana ku untuk mu
Apa mungkinku melakari memorimu
Di wajah langit membiru
Awan putih tintaku
Bersama kita mengejar rasa sempurna
Walau hakikat ku tahu
Mimpi tiada bersatu
Takkan lena walau seketika
Bisikan mimpi pasti berbicara
Tak pernah jemu menanti dirimu
Hingga kau menjelma
cc : Syahmi Hasyim Lili Nurul Haza
Subscribe to:
Posts (Atom)